Khasiat Madu Kelulut Asli yang ramai tak tahu

0

Seperti yang kita tahu semua jenis madu asli adalah sumber vitamin dan mineral alami yang sudah semestinya terbukti berkesan sejak dahulu lagi. Ini kerana Sang kelulut yang sangat rajin mencari bunga,nektar dan mineral di merata tempat termasuklah debunga bunga-bungaan dan bunga pokok kayu yang berada di kawasan hutan.

Sarang Kelulut dipenuhi kantung madu yang berwarna hitam

oleh kerana kelulut ini bersais kecil ia mampu menyedut bunga yang kecil untuk mendapatkan nektar untuk dijadikan madu. 

Kantung Madu Kelulut

Saya sendiri mengamalkan makan madu kelulut setiap hari. Saya mengambil satu sudu selepas bangun pagi dan satu sudu madu pada malam hari sebelum tidur. Walaupun pada masa kini terdapat pelbagai suplement vitamin yang dijual di farmasi tetapi saya lebih memilih untuk mengamalkan madu kelulut kerana ianya terbukti memberi tahap kesihatan yang terbaik lebih-lebih lagi pada masa wabak penyakit yang melanda negara kita pada masa kini. 

Sebagai penternak madu kelulut keci-kecilan saja saya mampu mendapatkan madu Kelulut asli untuk kegunaan keluarga saya termasuklah anak yang berumur dua tahun. Saya lebih gemar rasa madu kelulut yang rasanya pahit kerana sumber dari madu pahit adalah lebih berkhasiat dan bermusim. 

Biasanya madu kelulut rasanya yang manis akan saya berikan kepada anak yang berumur 2 tahun. Ini kerana rasanya yang manis menjadi kesukaannya. Jika ada tanda-tanda sakit tekak atau rasa hendak sakit saya akan mengambil dua sudu madu kelulut dan meminum air banyak tanpa mengambil ubat-ubatan terlebih dahulu dan biasanya sakit tekak dan batuk akan cepat sembuh apabila mengamalkan makan madu kelulut dengan konsisten.

Amalkan makan madu kelulut demi kesihatan kita keluarga dan masyarakat


Khasiat Madu Kelulut amat membantu untuk;

1) Batuk
2) Selsema
3) Demam
4) Sakit sakit sendi
5) Meningkatkan metabolisma badan
6) Memperbaiki sel tubuh yang rosak
7) Menghilangkan rasa letih
8) Membantu penyembuhan luka diabetes
9) Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah
10) Melancarkan pernafasan 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !