Tips kawal kolesterol dan darah tinggi

0
                                           
Umur kian meningkat menyebabkan badan kita mengundang pelbagai jenis penyakit sama ada datangnya dari kurangnya penjagaan badan, pemakanan tidak sihat dan faktor keturunan.

Amatlah digalakan kepada golongan berisiko terutamanya umur 30 tahun ke atas untuk melakukan pemeriksaan kesihatan badan. 

Dengar saja membuat pemeriksaan kesihatan anda pasti terbanyangkan kos perbelanjaan dan juga kaedah pemeriksaan ini. 

Fish oil 

Cara paling baik dan murah adalah anda membuat pemeriksaan tekanan darah tinggi, kolesterol dan kencing manis dimana keputusan kesihatan boleh dapat pada masa itu juga. Biasanya farmasi yang ada sekarang boleh membuat pemeriksaan ini.

Jika kita abaikan tiga jenis penyakit ini ianya boleh memudaratkan kesihatan kita dimasa akan datang.





Biasanya penyakit yang mendatang ini bermula daripada sakit yang biasa biasa seperti darah tinggi, kolesterol tinggi dan juga kencing manis. Setelah membuat pemeriksaan dan didapati kadar bacaan kolesterol dan tekanan darah kalian tidak baik sudah masanya untuk menjaga pemakanan kita.

Untuk mengawal tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol yang tinggi anda bolehlah mencuba tips ini untuk pencegahan dari penyakit ini. 

Baca juga:


Anda boleh mencuba suplement seperti berikut:

1) Omega-3 ( Fish Oil )
Kebaikan mengamalkan memakan fish oil ini adalah untuk membantu menyerap segala lemak tepu yang ada dalam badan. Selain itu juga fish oil ini juga membantu menurunkan paras kolesterol ke tahap lebih sihat dan juga mengawal tekanan darah tinggi.
 
Kebaikan lain makanan tambahan ini adalah mencegah penyakit seperti jantung, mencegah arteri tersumbat dan mencegah pembekuan darah dalam badan.




Sumber omega 3 ini boleh didapati daripada ikan. Kurangkan makanan seperti daging,makanan berlemak dan makanan manis. Tambahkan diet anda seperti makanan sayur-sayuran dan sumber protein seperti ikan.

Masa kini fish oil boleh didapati di farmasi berdekatan dengan kawasan anda. Pelbagai jenama dan brand fish oil pada masa kini.

Anda boleh memilih apa jua jenis fish oil dan mengikut mg fish oil tersebut bergantung dengan bacaaan tinggi kadar kolesterol anda.

Kadar kolesterol LDL atau low-density lipoprotein dikenali juga sebagai kolesterol jahat. Kita kena pastikan Kolesterol LDL ini tidak melebihi batas normal.

Kolesterol jahat LDL yang terlalu tinggi menambahkan proses pembentukan plak pada dinding pembuluh darah arteri yang mengakibatkan penyakit jantung.


2) Evening Primrose Oil

Rose oil diambil dari tumbuhan Rosa damascena. Untuk tambahan suplement ini baik untuk menambahkan kolesterol baik dalam darah.

Saya sendiri memakan suplement rose oil ini. Dan kesan dari memakan suplement ini saya berasa lebih tenang dan badan sentiasa segar.

Denyutan jantung kita juga lebih tenang dan teratur kesan dari konsisten makan suplement rose oil ini.Kebaikan lain makan rose oil ini pada badan adalah ia membantu menaikkan kolesterol baik dalam darah kita. 

Dengan konsumsi suplement ini Kolesterol baik juga dikenali sebagai HDL High-density lipoprotein akan stabil dalam darah kita dan membantu kesihatan kita lebih baik.

Cara lain untuk meningkatkan kada HDL dalam tubuh kita dengan banyak memakan sayuran,buah buahan,olaharaga dan makanan yang kaya dengan omega 3,ikan salmon dan tuna segar .

Cukup hanya percubaan ini saja anda kosumsi untuk suplement tambahan untuk mengawal tekanan darah dan kolesterol daripada tidak terkawal langsung.

Sudah masanya kita hadkan makanan yang sedap dan berminyak dan lakukan pergerakan badan walaupun hanya dengan berjalan kaki saja sekali pun.

Disamping mengamalkan suplement ini untuk pencegahan awal bagi tekanan darah tinggi dan kolesterol anda haruslah juga menjaga pemakanan dan juga diet anda. Kurangkan makanan berminyak dan masin. 

Anda boleh la mencuba melihat keberkesanan hanya 2 suplement ini fish oil dan rose oil ini saja dahulu selama sebulan. Selepas sebulan anda kosumsi suplement ini dan dengan penuh disiplin dari segi pemakanan sihat saya pasti bacaan kolesterol anda yang dahulu tinggi akan terkawal.

Pastikan teman teman membuat pemeriksaan kesihatan selepas sebulan mengawal kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi yaa.

Setelah mencuba untuk mengawal sendiri penyakit ini dan jika kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi kalian masih tidak terkawal juga rujuklah ke hospital untuk berjumpa mereka yang lebih pakar.

Terus sihat dan sentiasa bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik.





Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !