Sesuatu ternakan biasanya dimulai dengan hobi terlebih dahulu. Budidaya yang kita cerita pada kali ini adalah ternakan kodok(katak coklat).
Biasanya memelihara katak ini dilakukan pada skala kecil dan juga ada yang mengusahakan ternakan kodok ini secara besar besaran mengikut permintaan masa kini.
Ternakan ini biasanya dipelihara daripada berudu sehingalah mencapai dewasa 8 bulan.
Biasanya usia 8bulan kodok ini telah mencapai dewasa dan boleh di kosumsi untuk makanan ataupun dijadikan indukan untuk menambah biak kodok ini.
Ternakan kodok ini amat mudah hanya menyediakan lahan yang skala sederhana dan saliran air masuk untuk kodok bertakung didalam air.
Takungan air kodok ini juga harus dijaga dan dibersihkan seminggu sekali bagi menjaga kesihatan dan tumbuhsaran kodok ini.
Kodok ini sangat lasak dan tahan daripada penyakit tidak seperti ternakan yang lain yang mudah diserang penyakit.
Untuk makanan kodok biasanya diberikan baja pallet khas untuk kodok. Biasanya makanan kodok ini boleh didapati di kedai menjual baja.
Daging dicincang halus juga bole diberikan kepada kodok ini agar kodok cepat membesar dan mempunyai isi yang gempal.
Bagi pemakanan indukan kodok pula diberikan makanan seperti cengkerik,palet dan juga anak belalang untuk sumber protein agar indukan dapat betelur dengan cepat dan menghasilkan telur yang banyak dan berkualitas.
Biasanya kodok ini akan menghasilkan bunyi bising apabila mencecah usia 6 bulan. Seharusnya lahan kodok di buat berada jauh sedikit daripada rumah agar tidak mengangu jiran-jiran sebelah apabila kodok ini berbunyi.
Hanya perlu menjaga keselamatan kodok ini daripada ancaman seperti ular,anjing dan juga biawak. Sudah pasti dengan laungan bunyi kodok ini akan memangil pemangsa seperti ular untuk datang dan amatlah disarankan agar kadang kodok diperbuat daripada bata dan jaring agar pemangsa tidak mudah memasuki kandang.
Kandang kodok amat sesuai jika dipagar agar ancaman dari luar tidak dapat menganggu kehidupan kodok didalam kandang.
Selain daripada daging kodok yang dikatakan enak dikatakan ia juga adalah ubat mujarab bagi mereka mempercayainya.
Bagi penternak kodok pula menjadi satu kepuasan apabila menternak kodok dari ukuran kecil sehingalah menjadi kodok dewasa. Selain mempunyai citarasa dagingnya ianya selamat untuk dimakan oleh pengemar makanan ini.
Khasiat daging kodok
Apa ya khasiat daging kodok ini?
Selain rasanya yang sedap apatah lagi kalo di masak sesuai dengan cara masakannya akan menjanjikan pengalaman pertama memakan kodok ini. Jangan pula salah pemahaman ya nak makan semua jenis kodok atau katak. Jika sepsisnya seperti kodok yang dikenali katak yang bwarna hijau dan selain dari warna kodok ini ada beracun ya. Min pun tak tau apa rasa kodok lain selain dari daging kodok yang dipelihara ini.
Antara khasiat daging kodok ini adalah diyakini boleh mengubati penyakit asma,menyembuhkan luka dengan cepat,mengatasi stroke dan dapat mengekalkan stamina badan kita.
Wahh agak baik juga ya khasiat yang dimiliki oleh daging kodok ini ya. Tidak semua orang boleh memakan daging kodok sebab habitatnya dua alam. Tapi mereka yang pengemar dan tahu akan khasiat kodok ini semestinya bisa makan daging ini ya.
Min yakini daging kodok ini selamat dimakan kerana kodok yang diternak di jaga dengan rapi dan sentiasa dijaga kebersihan kadangnya. Ini dimana air takungan kodok ini mestilah dibersihkan selalu bagi menjaga kesihatan kodok mereka.
Usia 8 bulan sudah boleh di potong dan dimasak. Tiga ekor kodok boleh mencapai berat 1kg dan agak besar isinya dan bolehlah sekali sekala mengantikan diet daging ayam yang selalu kita makan.
Atas mitos mengatakan jika memberi anak kecil makan daging kodok akan menghindari anak kita dari terceking tulang ikan dan mengelak anak dari tercekik tersedak oleh makanan. Percaya atau tidak ada sesetengah percaya akan mitos tersebut. Daging kodok ini agak lembut dan mudah untuk dikunyah dan ditelan. Yup begitulah cerita rakyat ada yang mempercayai benda seperti itu guyss.
Pendek kata penternakan kodok amat berbaloi dan mempunyai kenikmatan dan khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita.
Sila tekan link: