![]() |
Akibat pandemik ini ramai orang kehilangan pekerjaan, perusahaan merundum,majlis besar tidak dapat dibuat dan bermacam lagi aktiviti sosial manusia pada masa dulu tidak lagi dilakukan seperti biasa. Namun disebalik pandemik ini tentu saja ada kisah menarik disebalik masalah badai covid ini melanda. Antaranya adalah:
1) Lebih banyak masa bersama dengan keluarga
Dimasa pandemik ini kebanyakan orang disyorkan bekerja dari rumah saja. Ini bagi mengelak penularan wabak ini daripada terus tersebar. Ini adalah masa yang terbaik bagi kita untuk meluangkan masa untuk bersama isteri dan anak-anak di rumah. Walaupun terperap lama di rumah namun tentu saja ada hikmah disebalik badai covid-19 melanda. Selain melayani gajet luangkan masa makan bersama dengan keluarga anda. Layan karena anak kecil kita tentu saja moment indah seperti ini tidak akan terasa lagi apabila mereka sudah meningkat dewasa nanti.
2)Majlis perkahwinan lebih ringkas
Akibat pandemik ini kita dilarang untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan melibatkan ramai orang. Tidak semeriah majlis perkahwinan sebelum pandemik sudah tentu amat meriah dengan kehadiran saudara kita. Sudah tentu majlis perkahwinan masa itu memerlukan bajet yang cukup banyak untuk raihkannya.
Namun saat ini bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan adalah masa yang sesuai kerana dijangka pasti akan lebih menjimatkan wang kerana kita disyorkan buat majlis secara sederhana bagi mengelak tuan rumah dikompoun oleh pihak berkuasa.
3)Moratarium bank
Masa kini bank sudah pasti banyak membantu kepada mereka yang terjejas dimasa pandemik ini. Salah satu bantuan yang dibantu oleh pihak bank adalah dengan adanya moratarium bank. Kita boleh memohon kepada bank untuk membuat moratarium ini. Biasanya segala pinjaman bank ,pinjaman kereta boleh dapat pengecualian pembayaran selama beberapa tempoh untuk tidak membayar. Nah inilah masa anda untuk menyimpan duit moratarium ini untuk digunakan dimasa sulit nanti.
4)Niat hati untuk berjimat cermat
Pastinya masa pandemik ini masyarakat lebih mengutamakan hanya barang penting sahaja yang perlu dibeli. Ini termasuklah barangan dapur untuk makanan seharian,vitamin c dan gajet. Namun dari sisi lainnya tentunya banyak orang lebih gemar untuk berjimat daripada membeli barangan yang tidak penting apatah lagi menambah hutang dimasa kini. Dimasa ini secara tidak langsung mengajar kita untuk belajar untuk berjimat dan bersyukur kepada rejeki apa yang ada untuk kelangsungan hidup.
5)Anak anak jarang ke sekolah
Akibat penularan virus ini tidak terkecuali sehingga ke sekolah dan menjejaskan pembelajaran secara face to face. Kadangkala sekolah harus ditutup dan hanya belajar dari rumah melalui online sahaja.
Istimewa bagi anak-anak ini mendapat rehat dan duduk di rumah dan merasakan cuti yang amat panjang sekali. Pastinya tersenyum lebar ya anak-anak ini. Namun bagaimana pun anak-anak haruslah terus belajar walaupun tidak berada di sekolah pada masa pandemik melanda. Ibubapa juga ambil peranan menjadi cikgu dirumah untuk mengajar anak mereka yang terdaya. Jangan sampai paksa anak belajar ya nanti jadi stress pula mereka nanti.
6)Belajar menggunakan Gajet(Hp atau komputer)
Disebabkan terlalu lama berada di dalam rumah dan asyik melayari internet dan bermain game ramai dikalangan masyarakat kini mencari alternatif sampingan untuk mendapat pendapatan sampingan. Jikalau anda bagus dalam menulis bolehlah mempelajari teknik penulisan didalam artikel dan indexkan ke google. Seperti dalam iklan di setiap youtube dengan membuat artikel yang menarik dan konsisten pasti akan ada iklan disetiap blog anda dan boleh menjana pendapatan sampingan.
7)Pelajari banyak info kesihatan
Menjaga kesihatan adalah motif paling utama dimasa pandemik melanda ketika ini. Dahulunya kita kurang akan penjagaan kesihatan badan namun saat kini tahap kesihatan sangat dititik beratkan bagi mengelak jangkitan penyakit. Info kesihatan semakin menjadi tranding masa kini untuk dipatuhi agar kita bebas dari segala penyakit. Secara tidak langsung anak-anak kita pun sudah terdedah dengan tips penjagaan kesihatan yang harus dipraktikkan. Hal ini penting kerana di abad ini wang bukanlah segalanya melainkkan kesihatan yang baik harus dijaga agar tenang dan kuat dalam meneruskan kelangsungan hidup.
8)Mengajar untuk berbagi rejeki
Harus tenang dan tetap positif dalam meneruskan hidup ini walaupun dilanda hujan badai sekalipun. Tetap bersyukur sentiasa atas apa yang kita ada dan belum kita miliki. Dimasa ini lah kita haruslah berbagi rejeki dengan mereka yang dalam kesusahan. Pasti ramai meraka diluar sana dalam kesusahan. Jika kita dilimpahkan rejeki lebih carilah pahala dengan membantu mereka yang berduka. Mereka yang suka berbagi rejeki pasti akan dilimpahkan pahala dan rejeki yang lebih lagi.
Bersama-samalah kita berdoa agar pandemik covid-19 akan cepat berlalu agar kita dapat kembali kepada kehidupan normal. Semoga dengan kehidupan norma baru yang kita lalui akan menghindarkan diri kita dari segala musibah.