5 Tips agar cuti raya anda tidak sia sia

0
Setiap tahun kita bukan saja bekerja siang dan malam tetapi kita juga disajikan cuti-cuti yang pasti akan mengembirakan kita. Apa tidaknya peluang hari cuti inilah yang ada untuk kita luangkan masa bersama keluarga tatkala kita balik ke kampung halaman untuk melawat ibubapa dan sanak saudara.



Sebaiknya cuti yang kita perolehi seperti cuti perayaan Hari Raya,Tahun Baru Cina,Hari Deepavali,Hari Natal dan banyak lagi keistemewaan cuti yang kita nikmati dan harus kita maanfatkan untuk aktiviti kita sekeluarga.

Namun kadangkala kita seperti tidak berasa puas apabila bercuti dan sini kita simak tips agar cuti anda akan terisi dengan perasaan gembira dan berasa cuti ini penuh bermakna.

Tipsnya agar kita dapat nikmati masa sepanjang bercuti

1)Buat aktiviti bersama keluarga besar anda

Dah namanya cuti malah berada di kampung pula tu,jadi anda elakkan bersantai di tempat bercutian hanya dengan bertemankan hp dan tv. Buatlah aktiviti seperti masak memasak bersama keluarga dan buat majlis secara ringkas asalkan badan anda bergerak dan sambil sambil boleh mengeratkan lagi silaturahim diantara keluarga.
Kurangkan masa anda tidur semasa bercuti. Gunakanlah setiap masa yang ada sambil bersuka ria.

2)Rancanglah aktiviti bersama keluarga pergi berkelah atau menginap di tempat pusat peranginan.

Banyak tempat dan pusat peranginan yang murah dan sesuai untuk seiisi keluarga. Seperti pusat peranginan di Kundasang,Ranau. Apa yang penting bukanlah tempat yang mewah anda berwisata melainkan anda sekeluarga dapat menikmati tempat baru disamping dapat berehat daripada kesibukan bandar.

3)Ziarah sanak saudara di kampung semasa bercuti hari perayaan

Aktiviti kunjung mengunjung masih lagi menjadi kebudayaan dimasa kini. Ini juga adalah cara agar cuti anda dapat digunakan dengan sebaiknya. Kurangkan masa dengan gajet masa berkunjung tapi luangkan masa untuk mengenali saudara anda.

4)Adakan sesi ambil foto bersama dengan keluarga.

Luangkan masa berpakaian sepadan dan ambil foto untuk kenangan. Pastikan semua yang hadir pada majlis ada dalam foto untuk kenangan dimasa hadapan. Bagi mereka yang gemar upload gambar di FB maka simpanlah foto indah itu agar senang untuk direvew pada masa hadapan. 

5)Ambil video pendek sepanjang aktiviti anda

Gunakan gajet anda dengan kadar maximum. Daripada asik bermain games apakata anda luangkan masa snap video semasa bercuti. Jika anda minat ber vlog inilah masanya anda cungkil bakat anda dengan berhadapan dengan kamera. Pasti lepas cuti anda periksa video yang diambil pasti akan mengamit seribu kenangan yang sempit dirakamkan.

Rasanya cukup lima perkongsian kita bahaskan. Cuti ini akan memberikan kita kesempatan untuk bersama dengan orang tersayang. Masa akan terus berlalu tanpa menunggu tindakan kita. Diharap anda hargai setiap hari bermula anda bercuti yaa.. Sekian

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !