8 Cara menaikkan viewers di Channel Youtube yang umum diketahui

0

Tentu ramai para youtuber pemula yang sedang buntu bagaimana video yang mereka hasilkan disebabkan kurangnya view. Sememangnya kontent video yang direka tentu tidak lain memerlukan pengunjung ataupun view apatah lagi jika pengunjung menekan subscribe adalah satu bonus bagi youtuber.

Jom kita bahas beberapa cara untuk menaikkan view pada video yang anda bina;


1)Pilih niche atau tema yang banyak diminati orang

  • Travel
  • Review
  • Tutorial
  • Kuliner
  • Perkara unik
  • Gaming

2)Tumpu/fokus niche yang anda minati

Anda boleh memilih niche yang ada gemari dengan membahaskan untuk satu niche sahaja.

Niche yang anda minati dapat menyumbang banyak idea yang asli tanpa perlu copy daripada idea orang lain. Mencari kelainan pada video pasti akan mengundang banyak pengunjung kerana para netizen lebih gemar melihat suatu video yang fresh dan benar benar asli. 

3)Bahas topik yang tranding dan viral.

Membahaskan hal yang tranding memungkinkan pengunjung mencari keyword untuk mencari info berkenaan. View trafik akan naik mendadak jika topik adalah yang menarik minat pengunjung untuk melihat video anda yang lain.

4)Bekerjasama dengan youtuber lain.

Jika berpeluang bekerjasama dengan youtuber yang lain yang mempunyai followers yang ramai. Secara logiknya jika anda begabung dengan youtuber ini maka fans mereka ini akan turut menonton video yang anda buat. Namun adalah lebih baik anda berusaha dengan kreativiti anda terlebih dahulu untuk membuat eksperimen kontent anda layak dihati pengunjung ataupun tidak.

5)Buat giveaway untuk menarik pengunjung.

Giveaway berbentuk hadiah dan tidak perlu barang yang mahal. Giveaway boleh dijadikan sebagai penarik pengunjung untuk melihat apakah giveway yang anda tawaran dan cara untuk mendapat giveaway ini.

6)Penulisan judul,taq dan deskripsi

Penulisan deskripsi yang menarik akan menambahkan viewer bertambah. Jadi selayaknya buatlah pengenalan video agar pengunjung dapat memberi gambaran singkat apakah kontent yang video anda buat.

7)Kongsikan ke sosial media.

Bahagikan video ke media sosial seperti facebook,instragram,whatsapp sudah memadai untuk mempromosikan channel youtube anda.

8)Gunakan Youtube Ads

Salah satu inisiatif yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan jasa google ads. Hal ini anda boleh membuat iklan untuk youtube anda dan mempromosikan channel kepada orang lain.

Nah segala tips dan cara banyak telah dikongsikan oleh mereka yang berpengalaman. Hanya tingal anda perlu usahakan kontent unik anda untuk dikongsi kepada masyarakat. Semoga coretan ini memberi sedikit manfaat dan anda digalakan untuk terus mengkaji dan membuat kontent yang lebih baik. Sekian




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !