Keberuntungan memiliki cicak dua ekor bercabang

0

Cicak adalah sejenis binatang yang melata di dinding rumah atau bangunan. Biasanya cicak mudah ditemui didalam rumah pada waktu malam kerana malam hari adanya hidangan serengga yang bekeliaran menjadi makanan sang cicak.



Biasanya cicak melekat di dinding dan sifatnya yang takut akan manusia menjadikan cicak sukar ditangkap. Namun pada kali ini kami bahaskan tentang ekor cicak bercabang dua. Biasanya cicak mempunyai ekor sepanjang badanya dan cara ia melepaskan diri dari ancaman adalah dengan memutuskan ekornya untuk menyelamatkan diri. Biasanya cicak dapat hidup tanpa ekornya dan mampu tumbuh ekor yang baru.

Namun kali ini kami ingin menceritakan tentang kehebatan tentang memiliki cicak dua ekor seperti gambar di bawa. Bukan mudah untuk melihat apatah lagi memiliki ekor cicak bercabang dua ini. Ini menjadikan cicak tersebut menjadi rebutan kepada sang peminatnya. Dengarnya terdapat sesetengah masyarakat yang sudi membeli ekor cicak ini kerana dipercayai boleh membawa keberuntungan kepada pemiliknya.  

Kabarnya untuk mendapat ekor cicak becabang dua ini bukan mudah. Namun cicak ini pandai seolah olah dia tahu kepada siapa dia ingin berikan keberuntungan itu. Anda akan bertambah keberuntungan jika dapat tangkap cicak dua ekor ini. Namun harus diingat cicak ini sangat lincah dan sukar ditangkap. Anda boleh gunakan taktik menggunakan getah lastik untuk menjatuhkan cicak ini. Kemudian putuskan ekor cicak itu kemudian simpan disebalik helaian kain berwarna kuning.

Namun jika terlalu lama ekor cicak ini disimpan suda pasti ia akan mereput dan hanya tingal tulang. Ada caranya agar ekor cicak ini tahan lama dan tidak membusuk. 

Simpan ekor cicak dalam bekas kecil kemudian isikan bekas tersebut dengan cairan hand sanitizer. Celupkan dan biarkan ekor cicak becabang dua itu berendam didalam cairan itu. Itulah cara dan tips agar ianya tahan lama.

Saat anda ingin membeli nombor togel atau bermain suatu permainan dengar kabar ekor becabang cicak ini bila dibawa bersama akan memberikan keberuntungan dan tuah kepada pemiliknya. Jika hendak bertaruh sabung ayam pun boleh juga,jika pemiliknya membawa ekor cicak ini dan sentiasa dibawa bersama semasa perlawanan pasti akan peroleh kemenangan berganda.

Setiap perkara yang unik pasti ada hikmah disebaliknya. Mengikut kepercayaan masyarakat sabah memiliki ekor cicak becabang dua ini tidak memerlukan mantera. Cukup sekadar membawa ekor ini dibaluti kain kemudian simpan ditempat tersembunyi dan jangan bagitau sesiapa tentang hal itu. Mungkinkah dengan berbekalkan ekor cicak unik ini menjadikan kita lebih yakin dan positif jesteru itu semua yang berlaku kejadian pun semuanya baik-baik kan.

Nampaknya hanya setakat itu perkongsian tentang ekor cicak bercabang ini. Gambar diatas adalah gambar kami yang asli dimana kami sendiri mendapat ekor cicak ini sewaktu berada di rumah. Setelah diikuti tipsnya kebetulan sememangnya boleh mendatangkan keberuntungan berganda. Sekian


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !