Pertama sekali aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan kebahagian dan ketenangan dalam hidupku selama ini. Mohonlah kesyukuran kepada Maha Pencipta kerana atas rahmatnya kita masih lagi diberikan kehidupan yang aman dan tenteram.
Aku ketika ini sedang berada diladang sawit milik ayahku. Disinilah waktunya aku sempat ketik ketik laptop ini ketika sedang rehat lelah mengangakat buah sawit yang berat. Dalam hidup aku banyak pilihan sama ada ingin bekerja diladang sawit ataupun bekerja diluar negeri. Namun ketika ini aku lebih memilih untuk membantu ibubapa ku untuk sama-sama mengusahkan ladang sawit yang tak seberapa besar ini.
Beginilah hidupku kini demi untuk membantu keluarga dan menemani ibubapaku aku tekad untuk bersama mereka dan bekerja dengan mereka. Banyak cabaran yang kena hadapi jika ingin bekerja diladang sawit. Salah satunya fizikal kena kuat untuk mengangkat beban yang berat,serangan nyamuk hutan,panas terik dan juga hujan lebat semua telah aku hadap. Mulanya aku tak biasa dengan keadaan seperti ini namun bejalanya hari aku secara perlahan dapat menyesuaikan diri ini tanpa rasa lelah.
Pakaian aku bebas hehe asalkan berseluar panjang dan baju tshirt yang uda koyak rabak kena duri pelepah batang sawit. Dalam ladang siapa yang kisah cara berpakaian. Tak seperti kerja di perusahaan besar kena harus memakai baju yang kemas,tuckin,dan senantiasa bersih. Aku duduk diatas tanah ketika berehat dan makan juga kadang kadang beralaskan daun pisang. Tak seperti kerja di kantor kena duduk di kerusi empuk dan selesa dan makan dalam keadaaan selesa. Tidak seperti aku. Hiburan ku masa bekerja hanyalah bunyi bunyian burung dan desiran angin bertiup membelah ranting-ranting kayu. Aku kekadang rindukan juga keadaaan tempat kerja berdingin sejuk namun aku lepaskan impian itu dibawa angin sepoi masuk kedalam hutan belantara dan udara itu dihirup oleh sang musang.
Kau down ke dengan kerjaya awak sekarang? Buat apa nak down dengan apa yang anda lakukan sekarang. Kalau anda down carikan alternatif lain agar anda lebih heppy dan senang dengan apa yang anda lakukan selama ini.
Sudah pasti dalam bidang kerjaya apa sekalipun yang penting adalah gaji dan bagaimana kita boleh hadapi kesusahan hidup ini. Aku suda biasa dengan keadaan susah ini sehingga rasa susah itupun aku tak kenal lagi. Ianya lebih kepada kebebasan diri sendiri yang hidup tanpa tekanan. Bagi aku lebih suka dengan keadaan seperti ini. Aku tetap tenang dengan kerjaya sebagai pengutip buah kelapa sawit. Gagi aku pun tak menentu kekadang boleh cecah rm1500 sebulan jika harga sawit ini melonjak naik. Biasalah kehidupan di ladang sawit ini bergantung kepada turun naiknya harga mentah sawit.
Ke mana lagi aku lepas ini? Kekadang bermain difikiranku namun aku sudah putuskan yang aku teruskan saja kehidupan aku sebagai buruh kelapa sawit. Rasanya yang aku perlukan sekarang is Freedom of my life. Kebebasan yang semua orang tak merasai kerana kebanyakan kerjaya sekarang hanya pentingkan pangkat dan uwang semata namun kebebasan mereka terhad.
Zaman sekarang remaja lebih memilih untuk bekerja yang glamor. Bagi yang hati tak kental macam aku jangan lah coba kerja diladang kerana kerja ini bukan mudah. Kerja ini seperti aku terpisah dengan duniawi maksudku kerana jarang bertemu dengan kenkawan melainkan bertemankan pokok dan hutan setiap masa. Makanya ini pilihan kita dalam menjalani hidup. Makanya aku lebih memilih kerjaya ini sebagai buruh kelapa sawit.
Oklah sampai disini saja coretan pada kali ini,sebab masih banyak buah sawit lagi yang harus dikutip diladang. Semoga terus sucess dengan apa anda lakukan dan cuba minat dan happy dengan apa anda lakukan sekarang.
Sekian