Apa yang dimaksudkan dengan stres?
Stres adalah desakan atau tekanan yang dihadapi oleh seseorang akibat situasi yang dilaluinya. Stres melanda apabila kita melalui keadaan atau situasi yang memaksa minda dan emosi kita terganggu.
Bagaimana kita mengawal tahap stres kita?
Stres yang berlebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan kesihatan terganggu,kemurungan,kurang keyakinan diri dan kurang selera makan.
Siapa tidak pernah stres berada di tempat kerja?.
Bagi golongan kita yang bekerja yang selalu berhadapan dengan bos dan rakan sekerja sudah pastinya akan timbulnya keadaan stres ini. Stres di tempat kerja biasanya disebabkan oleh kerja yang bertimbun dan suasana apabila bersama dengan rakan sekerja dengan pelbagai karenah dan masalah.
Tapi bagi aku kalo tidak ada suasana seperti ini di tempat kerja sudah pastinya hidup ini akan boring heheh.. bagi yang ingin tahu tips bagaimana nak kawal emosi stres di tempat kerja ada beberapa tips yang biasanya aku buat untuk hindari keadaan stres ini.
Tips Kawal Stres Di Tempat Kerja
1)Bertenang(Rileks)
Belajar untuk dalam keadaan tenang dalam apa jua masalah pun. Tariklah nafas dalam sebanyak 5 kali sambil menutup mata. Berdiri dan berjalan ke luar sekejap untuk menghirup udara segar dan melihat pemandangan sekitar. Lupakan dahulu punca menyebabkan anda menjadi stres.
2)Fikir Positif
Keadaan stres tidak akan terus hilang dari diri kita walaupun kaedah lain telah anda lakukan. Bagaimanapun sekurangnya anda telah menghadirkan aura positif didalam diri untuk kawal stres. Fikiran yang positif saat ini akan mengurangkan tekanan pada emosi anda. Buangkan fikiran negatif dan fikir secara rasional untuk mengatasi stres anda.
3) Beriadah
Ambil masa untuk beriadah bawa la keluarga untuk melakukan aktiviti bersukan bersama-sama. Mungkin sudah lama anda tidak beriadah bersama. Masa beriadah lupa kan segala masalah menyebabkan anda jadi stres. Dari beriadah anda bukan saja dapat mengekalkan tubuh badan yang sihat malah dapat mengawal stres anda dengan baik.
4)Jaga Kesihatan(Pemakanan sihat dan minum air secukupnya)
Apabila kesihatan kita terjaga stres yang kita alami pun dapat dikawal kerana badan yang sihat mempunyai kawalan emosi yang baik. Makanlah makanan yang berkhsiat dan makan buah buahan. melalui pemakanan dan diet yang betul akan memberikan kesihatan tubuh dan minda yang cergas dan mampu mengatasi masalah stres yang melanda.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Semoga bermanfaat