Pada tahun 2020 adalah langkah awal saya untuk mencuba dalam bidang bloger ini. Tidak semudah seperti yang disangka kerana banyak teknik-teknik SEO yang kena belajar selain dari pengetahuan tentang membuat artikel. Pemilihan Niche juga rasanya amat penting kerana itu adalah brand anda dalam sebuah blog yang baru.
Kenapa nak jadi Blogger?
Persoalan inilah yang membuat saya untuk mencuba dalam bidang blogger ini. Adakah menjadi seorang blogger ini boleh menjana pendapatan sampingan pada masa ini? Adakah seseorang akan baca blog ini nanti?Nak buat Blog tentang apa? semua ini persoalan bermain di fikiran sebagai seorang pemula jadi blogger. Tapi semuanya banyak infonya di laman sesawang internet untuk sebagai pemula. Apa yang penting niat untuk belajar dan semangat untuk mencari infonya yaa..Don't think Too Much,Just Do It..
Pengalaman?
Saya tidak ada pengalaman dalam blogger tapi terus mencuba belajar untuk jadi diri sendiri untuk buat blogger. Saya ingatkan tulis blog adalah perkara yang mudah tapi sebenarnya agak rumit juga pada awalnya buat blog. Tapi saya tahu dalam hidup ini tiada benda yang mudah walaupun nampak senang. Dalam bidang usahawan apa sekali pun kita usahakan nampak mudah tapi semuanya perlu Cikgu/Guru/Sifu barulah ada panduan untuk berjaya dalam apa bidang sekali pun. Dan apa yang paling penting adalah keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru menjadi seorang bloger untuk dijadikan sebagai pengalaman peribadi.
Nasihat?
Semakin hari semakin tak tahu nak buat apa lagi. Mungkin terlalu santai hidupku. Saya nak keluar dari zon keselesaan selama ini dan teruskan kerjaya dan bahagia bersama isteri dan anak tercinta itu yang penting hehe.
Saya sentiasa berusaha dalam apa jua perniagaan,usahamaju,kuliah, dan matlamat hidup kita agar kita dapat nikmati hidup yang singkat ini dengan penuh beerti. Jangan mudah berputus asa dalam apa jua halangan dan cabaran dalam menulis blog.
Akibat pandemik covid-19
Ketika ini ditempat saya mahupun serata dunia sekalipun masih lagi bergelut dengan wabak pandemik covid-19. Disebabkan pergerakan yang terbatas dan tidak dapat balik ke kampung untuk rutin harian disana akhirnya mulalah belajar bagaimana mahu membuat artikel dan blog sendiri. Keberadaan dirumah disebabkan kawalan pegerakan masa ini membuatkan saya hendak membuat benda baru melalui google.
Ilmu blogger saya pelajari sendiri melalui bacaan artikel para blogger,tengok youtube cara bagaimana hendak membuat blog sendiri dan yang amat penting adalah tahu sedikit tentang SEO google. Sejak belajar buat artikel agak susah juga kerana suatu masa anda pasti akan terhenti menulis kerana kekurangan idea atau kontent apa yang hendak dibicarakan.
Makin bingung bilamana buat artikel dan hendak indexkan ke google pencarian. Hmm disini saya cari ilmu dan cari pengalaman daripada google sekali lagi dan terus mencuba indexkan artikel kita. Artikel yang terindex di google adalah sangat di butuhkan oleh saya supaya artikel kita akan dicari dan dibaca oleh pembaca.
Update
Saya minat dalam tulisan tapi masih sebagai pemula lagi dan agak sukar memintas mereka yang lebih pakar lagi dalam hal ini. Saya banyak baca blogger samaada dari Malaysia dan juga Indonesia. Wah sangat keren blog mereka dan artikel mereka sangat bermanfaat. Dan paling best blog mereka sudah punya iklan dan sponcer.
Hari demi hari belajar SEO dan akhirnya beberapa artikel saya telah pun terindex di injin pencarian google syukur sekali. Namun ada beberapa artikel saya belum berjaya terindex dan sedang menunggu pihak google untuk accept my artikel. Saya juga menggunakan Pingler.com untuk bantuan crawl dan add artikel disana. Anda boleh cuba index artikel melalui Pingler.
Apa yang best apabila artikel kita apabila hadirnya pembaca cliks dan sudi berkunjung ke artikel kita. Tak banyak cliks setiap hari tapi yang bestnya apabila jumlah cliks kita sentiasa naik dan ada para membaca artikel saya. Cukup memberi inspirasi kepada diri ini untuk kekal positif dalam blog ini. Artikel yang saya tulis ini tajuknya Buat Blog sebagai pemula tetiba banyak cliks dan pembaca dan berterima kasih kepada mereka yang sudi membaca.
Cabaran membuat blog
Bagi saya membuat blog adalah mudah namun yang agak susah tajuk artikel apa yang saya hendak buat. Jadi blog saya ini saya tuliskan saja apa saja yang saya tahu dan hobi apa yang saya minat. Lebih mudah bagi saya kerana jika artikel di copy paste daripada orang lain akan menyebabkan artikel kita tidak terindex dan sudah pasti originality tidak akan berlaku.
Template blogger
Yup jika sudah ada sedikit ilmu,sedikit saje yee tak banyak manapun. Lepas lalui buat artikel dan saya lihat kekurangan di bahagian template blogger. Mulanya saya menggunakan template blogger yang sedia ada dan ada sedikit kekurangan. So saya tukar template blog yang lain. Sekadar mencuba template yang mudah dan simple. Bagi saya template yang mudah dan kemas lebih baik supaya pembaca yang hadir akan berminat untuk membaca artikel anda yang lain. Ada template yang boleh dibeli daripada design template dan boleh la cari di media google yaa.
Tukar blogger ke .com
Untuk lebih efisyen sedikit saya gunakan duit gaji untuk beli domain. Domain asalnya yang free adalah blogger.com. Jadi saya belajar untuk gantikan nama blogger itu untuk ganti .com agar lebih nampak mantap. Disini saya beli domain melalui go daddy.com. Berapa ya harga domain?
Sekian update
#Semoga kita terus sucess.
#Teruskan Belajar Buat Blog..
#Tetap Semangat...
#Bersama perangi pandemik covid-19....
#Mereka yang putus asa pada ketika ini,tetap Positif berdoa mohon petunjuk.....