Kaki berbau hmmm.
Begitulah yang saya alami apabila setiap kali memakai kasut. Setiap kali balik ke rumah dan kasut dibuka stokin dan kaki sentiasa berbau masam. Sehingga saya akan berasa malu hendak membuka kasut apabila berkunjung ke rumah sanak saudara.
Saya mulalah mencari tips-tips dalam internet bagaimana untuk menghilangkan bau kaki. Banyak cara yang saya buat untuk mengurangkan bau kaki ini sehinggalah saya ketemu cara yang paling sesuai dan nyaman untuk atasi masalah bau kaki ini.
Tips yang saya amalkan adalah;
Tukar Stokin
Antara tips yang saya pernah amalkan adalah kerap menukar stokin. Saya biasanya sebulan sekali saya akan tukar stokin. Saya buang yang lama dan beli stokin yang baru. Biasanya stokin yang kerap dipakai dan dicuci lama kelamaan stokin akan menjadi pudar dan sedikit keras. Stokin yang kainnya sedikit keras akan cepat berbau.
Beli Stokin Jenis Nipis Kualiti Jenis Catton
Saya biasanya beli stokin jenis nipis(catton) dan berwarna hitam kerana ianya mudah menyerap peluh kaki dan agak selesa bagi kaki yang cepat berpeluh. Masa kini banyak brand stokin yang dijual dan mempunyai kualiti tersendiri. Kalian pilihlah stokin yang nyaman dan selesa. Biasanya saya beli lima pasang stokin supaya boleh pakai setiap hari dari hari isnin hingga jumaat untuk dipakai ke opis.
Cuci Kaki
Tiap kali balik ke rumah setelah buka kasut dan stokin kaki akan terasa sedikit melekit disebabkan peluh dan kaki lembab. Saya akan ke tandas dan cuci kaki dengan menggunakan sabun sehingga bersih. Amalkan setiap hari apabila kalian memakai stokin dan kasut supaya daki kaki tidaklah melekat di lantai rumah kalian.
Guna kasut yang sesuai
Pemilihan jenis kasut juga amat diambil berat untuk mengelak masalah kaki yang berbau. Biasanya kasut yang tebal dan tiada pengudaraan pada kaki akan menyebabkan kaki cepat berpeluh dan terasa panas.
Anda pilih jenis kasut yang tapak lidah kasutnya adalah jenis menyerap peluh. Pililah juga jenis kasut yang longgar dan tidak sempit. Dengan pemilihan kasut yang sesuai akan memudahkan pergerakan kaki anda.
Potong Kuku
Sentiasa pantau kuku samaada di jari atau kaki kita. Ini kerana kuku yang panjang akan menyebabkan kuman dan bakteria akan melekat di celah-celah kuku. Ambil masa seketika untuk memotong kuku setiap sekali seminggu agar kuku nampak pendek dan bersih.
Hanya tips ini sahaja saya percaya kaki dan stokin tidak akan berbau lagi. Yang penting kita selalu jaga kebersihan diri itu amat penting.
Semoga bermanfat. Selamat mencuba.