Ikan puyu atau nama lainnya adalah ikan karuk bagi masyarakat setempat di daerah sabah. Biasanya habitat ikan ini boleh dijumpai di saliran air sawah,parit dan juga sungai kecil.
Kenapa masyarakat bela ikan ini sedangkan ikan ini tidaklah secantik seperti ikan perhiasan yang lain. Sudah pastinya bagi yang membela ikan ini sudah mengetahui mitos turun temurun daripada nenek moyang kita lagi.
Mari kita selidik sedikit kenapa ikan ini kadangkala ada di pelihara di rumah,restoran,kedai dan tempat yang sesuai.
Mitos 1
Kononnya ikan puyu ini mampu menghalang atau mematahkan santau yang dihantar. Kononnya santau atau perbuatan hantaran orang akan terhalang jika dalam rumah masih ada benda hidup yang belum tidur.
Diyakini ikan ini tidak pernah tidur. Ikan ini sentiasa bergerak gerak ke sana sini. Berenang ke hulu hilir dan sentiasa bergerak aktif siang dan malam hari. Jadi santau yang dihantar tidak akan menjadi kerana kononnya jika masih ada benda hidup belum lagi tidur dalam rumah.
Kononya santau perbuatan orang hanya akan terjadi apabila targetnya sedang tidur dan biasanya pada malam hari. Jika ikan puyu ini mati atau melompat dari akuarium dan mati tanpa air biasanya ikan tersebut dipercayai telah terkena sihir dan telah menyelamatkan keluarga dalam rumah tersebut.
Mitos 2
Makhluk halus sukar untuk masuk ke dalam rumah. Kalau dilihat fizikal ikan ini ianya berduri tajam dan bersisik tajam. Sudah pastinya makhluk halus amat takut dengan benda-benda tajam seperti ini. Takut kot benda tajam akan menyangkut kepada isi atau rambut benda halus ini.
Makhluk halus juga takut benda-benda tajam seperti duri pokok limau dan objek yang lain asalkan benda tajam. Mitos benda tajam ini masih lagi diamalkan pada masa kini oleh mereka yang baru melahirkan anak. Mereka akan meletakkan batang berduri seperti pohon limau dan diletakkan di bahagian tingkap dan pintu rumah. Ini bagi mengelak makhluk halus penganggu bayi ini datang untuk mencari mangsa.
Mitos 3
Jika diamati bentuk ikan ini ianya mempunyai sisik yang berwarna kilat seperti cermin. Kononnya ilmu buatan orang akan terpatah balik kerana ilmu itu dipantul balik oleh bentuk fizikal ikan itu yang seperti cermin. Sudah pastinya sesiapa yang membela ikan ini akan selamat dari kuasa kejahatan.
Bagi mempercayai mitos ikan puyu ini ada sesetengah orang percaya dengan meletakkan cermin di sisi tempat tidur untuk mengelak benda halus ini menganggu. Selain sihir juga boleh dipatul balik oleh objek seperti cermin. Sama juga dengan makhluk halus apabila melihat pantulan cahaya cermin akan menghindari ia mendekati dan menganggu.
Mitos 4
Kemampuan ikan ini boleh hidup di daratan untuk jangka masa lama dan sangat tahan lasak. Ikan ini boleh bergerak di darat dengan mengeselkan badannya untuk mencari takungan air.
Ikan ini juga dipelihara didalam rumah tanpa mengunakan oksigen. Oleh sebab sifatnya yang sangat tahan lasak semua angkara jahat ilmu hitam sangat takut kepada ikan ini. Alangkah baiknya ikan ini bisa jadi pelindung kepada mereka yang menjaganya.
Bagaimana pun sejauh mana cerita tentang ikan puyu ini masih dipercayai oleh masyarakat kini.
Yang pasti ikan ini tidak rumit dan leceh untuk di bela. Anda bolehlah cuba membela ikan ini dan jadikan salah satu koleksi ikan perhiasan kita di rumah.
Selamat mencoba...