Cara Haiwan Kesayangan Membantu Tahap Kesihatan Anda

0

 

Bersama dengan haiwan kesayangan anda

Siapa sangka haiwan adalah antara terapi kesihatan alami yang ditidak diragukan lagi. Haiwan ini bukan saja amat jinak dijaga malah membuat orang akan berasa senang sekali. Hanya menjaga haiwan ini akan membantu anda dan keluarga anda kekal sihat. 

Anda pasti senang dan terkejut dengan dengan haiwan kesayangan anda pasti akan meningkatkan tahap kesihatan anda dan keluarga. Anda amat beruntung sekali jika memiliki antara haiwan peliharaan ini antaranya adalah;


Meningkatkan Mood Anda

Dengan hanya beberapa minit dengan haiwan peliharaan anda seperti anjing atau kucing bersama melihat kelibat ikan berenang didalam akurium untuk berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa tertekan dalam diri.

Tubuh anda akan mengalami perubahan fizikal pada masa sama akan membuat perbezaan dalam mood anda. Ini dimana tahap kortisol harmon tekanan anda semakin rendah dan serotonin iaitu bahan kimia dalam badan akan membuatkan tekanan anda menurun dan menaikkan mood anda pada ketika itu.


Menjadikan Tekanan Darah Anda Lebih Baik

Bagaimana pula deangan tekanan darah anda? pasti solusinya akan lebih baik dengan haiwan peliharaan anda ini. Ada kajian yang dibuat dimana 240 pasangan yang sudah berkahwin memiliki haiwan kesayangan mempunyai kadar tekanan darah rendah dan kadar jantung yang lebih rendah semasa berehat daripada orang yang tidak mempunyai haiwan kesayangan.

Baca juga:Manfaat hobi melukis

Hanya dengan membelai anjing atau kucing kesayangan mereka akan menghasilkan perasaan senang dan membuatkan hati lebih tenang.

Sebagai contoh jika anak anda tengah menangis dan ajak dia untuk membelai haiwan kesayangan pasti mereka akan bertambah baik dan gembira. 

Jaga Jantung Anda

Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing akan mendapat faedah daripada penyakit jantung. Kajian mendapati bahawa pemilik anjing mempunyai kelangsungan hidup yang lebih baik daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharan ini.

Ini mungkin disebabkan anda secara tidak langsung terus bergiat aktif dalam kehidupan seharian kerana menjaga haiwan ini yang sentiasa bergerak mengikut kehendaknya.

Mengatasi Kemurungan

Tiada sesiapa yang mencintai anda lebih dari seekor haiwan peliharaan anda. Saat anda murung peneman dan kawan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah haiwan kesayangan anda.

Siapa sangka haiwan ini mampu membantu anda untuk mengatasi kemurungan. Saat anda ingin berbicara dan berbincang haiwan kesayangan ini akan setia mendengar setiap keluhan kehidupan anda. 

Anda hanya perlu membelai,membawa berjalan dan merapikan haiwan anda akan membuat anda keluar dari diri anda disamping menjadikan perasaan anda lebih baik dengan mengisi masa lapang bersama dengan haiwan peliharaan anda.

Meningkatkan Kecergasan Anda

Anda boleh saja meningkatkan kecergasan anda tanpa haiwan peliharaan ini namun setengah orang membawa aktiviti riadah mereka bersama sama dengan haiwan kesayangan mereka. 

Sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan seperti anjing anda mungkin lebih aktif daripada seseorang yang tidak memilikinya. 

Bawalah anjing anda berjalan kaki selama 30 minit setiap hari dan membantu anda bergerak dan beriadah dengan lebih baik dan bersemangat. 

Haiwan kesayangan ini juga perlu pergerakan bebas agar lebih sihat dan tidak stress jika berada didalam rumah senantiasa. Tambahkan mainan seperti bola atau apa sahaja jenis mainan supaya menjadikan anda dan haiwan kesayangan anda bermain dan meningkatkan tahap optimum kesihatan anda.

Regangan Badan Seperti Kucing Anda

Jika anda memiliki kucing perhatikan berapa kali mereka melakukan regangan setiap hari. Hal ini membuatkan anda juga mengikut dan memgingatkan kepada diri anda untuk membuat sedikit regangan ringan seperti haiwan ini. 

Setiap kali bangun tidur kucing akan membuat regangan badan secara tidak langsung akan memberi isyarat kepada minda dan badan kita perlu sedikit regangan badan untuk hari-hari yang penuh bermakna sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. 

Dengan sedikit peringatan regangan anda akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu aktiviti.

Pemulihan Untuk Pesakit Strok

Untuk pesakit stroke terdapat kaedah yang digunakan untuk terapi agar mereka cepat pulih dari sakit. 

Antara program pemulihan untuk pesakit strok iaitu menggunakan kuda untuk pemulihan. Aktiviti menunggang kuda juga memberikan senaman regangan dengan bersama orang disampingnya dengan kadar pergerakan kuda yang perlahan. Ia juga membantu mendapatkan keseimbangan dan membina tulang yang kuat melalui haiwan yang satu ini. 

Siapa sangka dalam kehadiran haiwan peliharan ini dalam keluarga kita akan membantu kita dengan mengekalkan kesihatan yang lebih baik. 

Haiwan juga adalah peneman dan penjaga kita dari segala masalah dan musibah jika dijaga dengan sebaiknya. Oleh itu jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama haiwan ini anda boleh mempelajari dengan lebih mendalam lagi haiwan apa yang sesuai untuk anda pelihara.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !