![]() |
Inilah pengalamanku,
Lahirnya anak pertama saya dan perasaan yang teramat paling bertuah apabila melihat semuanya adalah sempurna namun saya dimaklumkan oleh doktor pada masa itu bahawa saya kena bawa anak untuk datang ke hospital selepas 6 bulan untuk melihat keadaan testis anak saya.
Saya pun bertanya kenapa testis anak saya hanya satu sahaja di kantung testis?. Doktor pakar ketika itu memberitahu bahawa testis yang satu lagi berada di atas kedudukan di atas aras pangkal paha. Menurut doktor ada sesetengah kanak-kanak testis nya akan turun dengan sendirinya sebelum umur 6 bulan dan jika masih lagi belum turun kena berjumpa semula dengan doktor untuk buat pemeriksaan lebih lanjut.
Bermulanya hidup menjaga anak pertama dengan tabah sekali. Kehidupan seperti biasa dengan cabaran menjaga anak sangat menguji kesabaran kita. Walaupun testis anak ini masih lagi belum turun tidak ada kesan sampingan masalah kesihatan yang berlaku. Anak ini akan membesar seperti biasa dan kencing dan berak tidak ada masalah walaupun testis yang satu lagi belum turun.
Sehinggalah umur anak ku 6 bulan dan tiba tarikh untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk melihat keadaan testis yang tersembunyi itu. Kemudian kami berjumpa dengan doktor pakar dan membuat pemeriksaan ke atas anak ini. Doktor pun dapat mengesan testis yang berada di luar kantung masi berada di atas pangkal paha dan masih dalam keadaan sihat. Saya bertanya doktor tesebut bagaimana caranya supaya testis tersebut dapat turun ke kantung testis. Doktor pun menjelaskan bahawa testis ini tidak akan turun ke kantung dengan sendiri kerana sudah berumur 6 bulan.
Pembedahan minor boleh dilakukan untuk meletakkan testis itu ke kantung testis. Sebagai ibu dan bapa tak sampai hati apabila tahu anak kecil ini akan dibedah untuk memperbetulkan kedudukan testis ke tempat asalnya.
Saat itu mulalah saya mencari maklumat tentang bagaimana pembedahan ini dibuat. Saya juga ada bertanya kepada salah satu hospital swasta tentang kos pembedahan ini. Bagaimana pun saya tak mampu untuk buat pembedahan di hospital itu kerana kos rawatannya amat tinggi sekali?berapa kos bedah swasta?
Pernah juga saya mencari-cari cara perubatan tradisional dengan cara urutan tapi fikir kan balik risau akan mencederakan tisu dan otot bayi kami. Doktor juga tidak syorkan untuk cara urutan ini sebenarnya dan kami pun membatalkan hasrat untuk pengobatan secara urutan.
Ringkaskan cerita doktor hospital kerajaan pun memberikan kami tarikh untuk melakukan pembedahan tersebut.
Seperti biasa lah prosedur doktor akan menerangkan secara terperinci tentang pembedahan ini. Bermacam macam bermain difikiran ketika itu hanya Tuhan dan orang yang pernah melalui saat ini saja tahu. Anak ini akan ditidurkan dengan ubat bius dan dua potongan kecil dibuat untuk menarik testis itu turun ke kantung.
Pembedah dibuat pada jam 10.00am setelah anak ini berpuasa tak minum susu segala dan bermulalah pembedahan itu. Hampir sejam menunggu akhirnya anak ini selesai pembedahan. Masa ini anak kami masih lagi dalam keadaan tidur akibat ubat bius. Saya melihat kesan jahitan bedah tersebut dan tentunya sakit bila anak sudah sedar nanti.
Terima kasih kepada doktor pakar dan para nurse pada ketika itu kerana semuanya berjalan dengan lancar.
Kami bermalam di hospital ketika itu kerana menunggu anak ini kencing. Dan syarat untuk kami dibenarkan balik ke rumah adalah setelah anak ini kencing. Akhirnya tak lama dari itu anak kami pun kencing dan aktif semula dan kami dibenarkan balik ke rumah.
Tempoh kesembuhan bekas luka
Pembedahan tersebut terdapatnya parut luka di paras bawa pingang dan di kulit scroktum testis. Hanya panadol sahaja diberikan untuk ubat tahan sakit. Setiap 4 jam anak akan terjaga dan menagis kerana luka tersebut berdenyut. Jadi saya dan isteri memang terjaga setiap malam menjaga dan menyusukan anak. Namun tempoh sembuh luka anak ini sebenarnya sangat cepat. Ini disebabkan tisu anak kecil masih lagi lembut dan lukanya cepat mengering. Syukurlah dalam tempoh 5 hari sahaja anak sudah sembuh dan bekas luka pun sudah beransur baik.
Saranan saya jika ada anak yang perlu pembedahan testis ini yakinlah semuanya baik sahaja. Prosedur ini cuma pembedahan kecil sahaja kerana tidak akan menganggu sistem dalam badan anak kita. Doktor bedah juga adalah mereka yang sudah biasa dengan kes seperti ini dan mereka semestinya pakar dalam hal ini.
Setelah luka anak ini telah sembuh kita akan berasa sangat gembira dan bersyukur kerana kedua testisnya telah berada di kantung testisnya.
#Bagaiamana cara menjaga bekas jahitan bedah agar cepat sembuh?
#Rasa kesakitan jahitan biasanya tiga hari sahaja dan akan luka anak kecil biasanya cepat sembuh.
#Tidak perlu dirisaukan sangat kerana pembedahan ini kecil sahaja dan tak akan gangu sistem badan anak kita
Semoga bermaanfat.