Di kawasan Barat Amerika Selatan terdapat sebuah gurun yang tidak mengalami hujan tahunan dan pernah direkodkan hujan tidak turun berabad abad pernah dicatatkan.
![]() |
Gurun Atacama |
Tanah tandus ini dikenali sebagai Gurun Atacama terletak di Chile. Bentuk muka buminya unik dan dikelilingi oleh tanah Andes di sebelah timur. Oleh kerana gurun ini berhampiran lautan ia cenderung mendapat awan dan kabus tebal tetapi tiada hujan. Gurun ini juga dikenali sebagai tempat seribu mitos kedatangan makhluk asing.
Apa yang unik gurun ini?
Walaupun Gurun Atacama jarang menerima hujan namun apabila menerima hujan lebih dari 200 jenis benih bunga akan aktif akan bercambah dan berkembang menjadi landskap yang indah.
Keluasan keseluruhan kawasan Gurun ialah 181300 kilometer persegi.
Purata hujan tahunan hanya 15 milimeter. Sudah namanya gurun semestinya jarang menerima hujan deras ya guyss.
Kebanyakan gurun berada di Chile dan sebahagian kecil berada di Peru,Bolivia dan Argentina.
- Corak Misteri
Di kawasan Gurun Atacama selain taburan pasir kuning terdapat 500 jenis corak misteri besar dan kecil dapat dilihat di kawasan gurun luas ini.
Burung Bijak:
Ada sesetengah corak tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan memerlukan altitud yang tinggi untuk melihat secara keseluruhan.
Sesetengah penduduk tempatan percaya bahawa corak ini ditinggalkan oleh makhluk asing namun pakar percaya orang zaman purba yang tinggal di gurun satu ketika dulu menanam batu hitam di dalam pasir untuk membentuk corak haiwan, manusia dan bentuk geometri.
Atacama Giant
Antara corak terkenal ialah Atacama Giant. Disebabkan kekurangan hujan dan iklim jarang berubah di Gurun Atacama, corak ini masih jelas dilihat dengan jelas walaupun selepas ribuan tahun menyepi.
Ia terletak di lereng bukit berhampiran Cerro Unita di Gurun Atacama. Corak berbentuk manusia prasejarah terbesar di dunia berukuran 119 meter. Corak ini dikatakan terhasil antara 1000 hingga 1400 Tahun Masihi.
Tempat menyerupai Planet Marikh
Disebabkan permukaan tanah Gurun Atacama kering dan kekurangan sumber air maka pakar saintis percaya permukaan gurun ini hampir sama dengan Planet Marikh.
Gurun Atacama merupakan tempat paling ideal untuk melihat bintang disebabkan altitud yang tinggi dan kurang gangguan cahaya daripada bandar utama.
Teleskop optik besar dibina oleh European Southern Observatory (ESO) membina beberapa buah balai pencerap di kawasan tersebut seperti Paranal Observatory untuk tujuan penyelidikan dan turut menjemput orang awam untuk melihat langit dari situ.
Begitulah keadaan alam semulajadi Gurun Atacama dan sedikit info tentang gurun tertua di dunia yang menyimpan seribu kazanah peningalan zaman dahulu. Semoga info dibicangkan menjadi tambahan ilmu pengetahuan anda.