Cara ajar burung Tiong Emas bercakap

0

Pemilihan jenis burung adalah penting dan anda harus memastikan burung anda adalah burung baka yang boleh bercakap. Burung yang bukan baka jenis bercakap tidak mampu untuk meniru bercakap melainkan hanya berbunyi dan bersiul sepanjang hidupnya.

Nuri Amazon


Antara jenis burung yang boleh belajar bercakap termasuklah Burung Kelabu Afrika,Monk Parakeet,Nuri Amazon,Ringneck India,Burung Bukit Myna,Burung Kokatoo,Burung Tiong Emas 


Antara burung seperti ini adalah hidupan liar yang menghuni habitat jauh daripada kesibukan bandar. Burung jenis ini dihabitatnya mampu mengeluarkan bunyi yang unik dan sangat nyaring siyulannya menyebabkan burung ini menjadi tarikan kepada manusia untuk memilikinya.

Ketika memulakan latihan bercakap burung anda seharusnya dimulai dengan kata-kata sederhana seperti hello,hai,selamat pagi dan siulan sederhana bagi merangsangkan burung anda untuk meniru percakapan anda.

Tiong Emas


Sememangnya mengajar burung ini bercakap memerlukan masa yang agak lama dan perlu kesabaran. Jika burung anda mulai meniru nada atau bahagian perkataan yang anda ungkapkan berilah penghargaan pada langkah pertama burung ini dapat bercakap.

Memberi penghargaan kepada burung anda yang mulai menyebut kata dengan memberi makanan kesukaan mereka. Ini penting untuk memberi dorongan kepada burung anda kerana rakan bulu anda mengangap bercakap adalah sesuatu yang harus dikembangkan untuk mendapat hadiah berupa makanan enak.

Walaupun begitu anda harus meningkatkan kata-kata yang lebih sukar dan cuba berusaha ajarkan burung anda.  Burung yang boleh bertutur adalah haiwan diantara yang pintar dan perlu dicabar untuk memastikan mereka berminat untuk belajar.

Semasa mengajarkan burung ini bercakap seharusnya anda dan rakan bulu ada sahaja berada ditapak agar burung anda akan rasa serasi dan lebih mengenali tuanya.

Dengan cara memegang burung anda ketika membuat latihan akan memastikan bahawa anda mendapat perhatian daripada burung agar tetap fokus pada suara yang anda mahu mereka tiru. Selain itu jika anda selalu bermain dengan burung ini akan menaru kepercayaan kepada sang burung kepada tuananya.

Setelah perkembangan burung anda berkata-kata dan mampu untuk meniru perkataan anda seterusnya anda bawa seseorang sebagai teman untuk dijadikan saingan untuk bertutur. Kaedah yang disebut sebagai pesaing akan menunjukkan cara komunikasi yang berbeza bagi menguji kecekapan burung anda meniru perkataan teman anda. Lakukan dalam lima ke enam minit dan seharusnya burung anda diberikan hadiah makanan kegemarannya dan rehat agar mengelak burung berasa bosan.

Dengan mengulangi kata-kata atau fasa setiap kali anda melakukan sesuatu tindakan akan membantu mereka mengaitkan tindakan tertentu dengan perkataan yang anda cuba agar mereka belajar. 

Sebagai contoh setiap kali memberikan makanan kepada burung dan mengulangi kata makanan akan membantu mereka mengaitkan kata itu semasa kelaparan. Jadi tiap kali lapar burung anda akan menyebut perkataan makanan menunjukkan mereka lapar.

Burung akan cepat belajar berinteraksi jika ia berasa seronok bersama tuannya. Mengajar dengan penuh semangat mendorong burung untuk menikmati permainan bercakap baru ini.

Ketika mengajar burung berinteraksi jangan berikan makan jika ia berdiam. Berikan makanan sebagai hadiah jika mereka konsisten bercakap supaya mendorong burung untuk terus membuat persembahan dengan lebih hebat.

Selain itu jangan hanya mengajar burung anda sekadar petuturan langsung. Kaji dan buat eksperimen kepada burung anda untuk belajar menghasilkan bunyi dan nada yang berbeza.

Kemahiran mengajar burung tidak seperti mengajar anak di sekolah. Ia memerlukan kemahiran dan minat yang mendalam untuk mengajar haiwan ini bertutur adalah kuncinya adalah kesabaran. Berikan masa kepada burung anda untuk bertutur tidak hanya memaksa melainkan menjadikan burung turut rasa seronok berbunyi.

Semoga kesabaran anda mengajar burung anda bercakap akan membuahkan hasil berkat kesabaran anda.

Semoga bermanfaat. Terima kasih kerana sudi membaca.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !