Mimpi jatuh dari tempat tinggi

0
Sejauh mana kebenaran kehidupan dengan kaitan mimpi malam hari kita. Mimpi biasanya dikaitkan dengan permainan bawah sadar fikiran semasa kita tidur. Terkadang mimpi terkait dengan aktiviti harian kita atau pun kerisauan akan sesuatu perkara dalam hidup. 


Banyak tafsiran mimpi terkait dengan suatu hal dalam mimpi dimana terjatuh di tempat yang tinggi seperti bangunan,rumah,tiang atau apa pun situasi ditempat tinggi. Ada tafsiran mengatakan jika seseorang mimpi jatuh ditempat tinggi akan ada kebaikan diperolehi tidak kurang juga ada tafsiran ianya akan membawa bencana.

Tapi disini peramal sendiri menghadapi mimpi seperti ini. Dalam mimpi itu terasa anda berasa takut untuk melompat bangunan yang agak tinggi. Tapi melihat ada orang melompat keadaan tempat tinggi namun selamat apabila mendarat ke bawah. Namun keadaan anda ketika itu takut akan berlaku kecederaan jika melompat dari tempat tinggi. Situasi itu membuatkan mimpi kita berasa takut seperti ada sesuatu perkara akan terjadi dalam masa terdekat.

Peramal boleh katakan ianya adalah pentanda anda akan hadapi kesusahan hati dalam hidup tidak lama lagi. Peramal sendiri mengalami mimpi ini dan hal yang tidak menyenangkan benar berlaku apabila masalah itu datang dalam keluarga kita dalam masa terdekat. Biasanya mimpi ini akan menyentuh jiwa kita dan perasaan susah hati atas perkara yang akan berlaku. 

Mimpi melompat ditempat sangat tinggi adalah petanda kita akan diuji dari segi perasaan yang amat dalam. Pastinya perkara yang tidak baik berlaku kalau anda bermimpi seperti ini. Anda kena kuatkan hati dan bersedia menempuh hal ini dengan tabah. Banyakkan berdoa jika anda hadapi masalah dan berbuat baiklah sesama manusia untuk mengurangkan perkara yang tidak baik berlaku.

Namun tafsiran peramal mimpi ini boleh disimpulkan bahawa anda akan diuji oleh Tuhan sejauh mana iman dan ibadat kita yang telah lama kita tinggalkan. Biasanya ujian seperti ini akan berlalu dan akan bertambah baik. Jika kesihatan terjejas anda akan sembuh akhirnya.

Bagaimana hendak hadapi

Mau tidak mau hendak atau tidak apa pun hal yang benar terjadi akan menjawap mimpi anda sebelum ini. Tabahkan hati dan sentiasa bersujud mohon perlindungan dari Maha Esa. 

Anda kena terus positif untuk hadapi setiap musibah yang akan terjadi. Belajar untuk bersabar dan tawakal dalam segala hal yang terjadi. Mimpi itu akan mengajar kita untuk lebih menyayangi keluarga isteri dan anak kita. Kekuatan doa keluarga amat penting saat ini supaya kita diberikan petunjuk dan kesembuhan dalam diri kita sendiri.

Jika anda mempunyai pengalaman mimpi seperti ini silalah komen dibawa mengatakan tafsiran mimpi jatuh ditempat tinggi adalah nasib kurang baik dalam masa terdekat.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !