Sudah menjadi tradisi buat kita untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan bagi mereka yang bergelar pengantin baru. Pelbagai hadiah dan termasuklah juga mereka yang memberikan wang untuk pasangan pengantin baru sebagai tanda kehadiran mereka ke majlis yang diraihkan. Antara berikut hadiah yang biasanya diberikan kepada pengantin baru kita ini.
Hadiah set masakan
Salah satu hadiah ini ada seperti set masakan iaitu rice cooker. Hadiah ini juga la yang pernah aku dan isteri dulu pernah dapat semasa melangsungkan perkahwinan dulu. Rice cooker ini rasanya dikira hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan mempelai. Walaupun pada masa ini kita punya rice cooker namun selang masa berlalu selepas beranak pinak dan pastinya rice cooker yang lebih besar sesuai untuk memasak nasi.
Picture by: PixabayHadiah set pakaian kanak kanak
Biasanya di kedai akan ada dijual set pakaian kanak kanak biasanya bagi set pakaian bayi baru lahir. Hadiah ini biasanya telah dipaking cantik dan sesuai diberikan kepada pengantin baru.Hadiah ini melambangkan kebahagian keluarga kepada pasangan pengantin baru ini dimana kita mendoakan agar mereka akan mempunyai cahaya mata pada masa akan datang.
Hadiah set dapur
Biasanya set dapur ini adalah seperti pinggan mangkuk yang berkualiti. Termasuklah sudu,garfu dan cawan yang mempunyai design yang cantik dan menarik. Tidak kisahla hadiah tu berupa kaca atau pun plastik asalkan sesuai dengan harga yang berpatutan.
Picture by: Pixabay
Hadiah set mandian
Set mandian juga amat sesuai diberikan kepada pengantin baru. Tepi berilah set mandian yang berkualiti dan berbaloi harganya. Pilihlah set mandian yang mempunyai jenama dan berbau wangi untuk kesegaran badan. Masa kini amat mudah untuk memberikan hadiah set mandian ini kerana ada sesetengah kedai yang suda menyediakan pakage untuk set mandian dengan harga yang berbaloi. Wangian harum dan kelembutan kulit adalah moment saat indah apabila baru bergelar pengantin baru. Ini akan mewujudkan suasana yang harmoni dan romantis untuk pasangan ini. Pilihlah set wangian berserta Scrub,Lotion dan juga mandian. Disamping dapat memutihkan badan dengan haruman perfume malah dapat melicinkan kulit. Set wangian mandian ini pasti akan menambahkan lagi kemesraan pasangan baru ini nanti.
Hadiah Vape
Biasanya hadiah ini diberikan kepada pengantin lelaki. Sebagai seorang sahabat kita lebih mengetahui hadiah yang sesuai dan hadiah yang lucu diberikan kepada pasangan mempelai lelaki. Jika kawan yang berkahwin ini seorang yang gemar bermain dengan asap masanya sesuai untuk menghadiahkan vape untuk dia. Pilihalah perisa asap vape yang lembut tanpa narkotin sebagai hadiah ciut untuk sahabat baik kita.
Hadiah breast feeding pump
Salah satu hadiah yang berkualiti untuk para pengantin baru bagi sang isteri tercinta bagi pengantin baru ada alat set breast feeding pump. Semestinya hadiah yang satu ini akan mengukir senyuman pasangan pengantin perempuan dengan seribu kenangan dari kawan baiknya. Hadiah ini amat berguna tatkala pasangan akan menimbang cahaya mata pertama nanti. Dan alat ini adalah dikira penting untuk membantu para ibu baru untuk memudahkan penyusuan ibu.
Hadiah berupa wang
Selain daripada menghadiri majlis mempelai ini dan mengikut peredaran masa pemberian wang tunai adalah hadiah yang paling mudah dan amat digemari bagi tuan rumah. Ini kerana sedikit sebanyak hadiah wang ini boleh membantu mengurangkan bajet bagi pasangan pengantin baru ini. Berilah nilai yang sesuai mengikut kesangupan dan dengan ikhlas. Wang ini akan memberikan senyuman dari pengantin dengan wajah berterima kasih.
Kehadiran di masa majlis
Namun kesemua hadiah diatas bukanlah nilai sebenar untuk meraihkan majlis ini ya. Bagi kami sekeluarga kehadiran jemputan datang lebih-lebih lagi sana saudar terdekat itulah yang amat penting untuk dinilai. Selain dapat mengeratkan silaturahim antara saudara mara dapat memeriahkan majlis mempelai baru ini dengan seribu kenangan di hari bersejarah mereka.
Bagi keluarga yang masih bujang dan tengah mencari jodoh kadangkala jodoh dipertemukan pada majlis seperti itu. Kemeriahan memberikan seribu makna kepada tetamu. Semoga terus diberikan kebahagian sehingga ke anak cucu pada pasangan suami isteri yang baru melalui fasa kehidupan ini.
https://members.mondiad.com/registration?refid=1295