6 sebab penting sambut harijadi anak kecil umur 2 tahun atas

0
Setiap tahun perayaan sambutan yang pasti menceriakan kita dan keluarga lebih lagi kepada kanak-kanak adalah dengan kehadiran harijadi mereka. Harijadi juga dikenali sebagai hari kelahiran mengikut tarikh anak anda dilahirkan. Dan menu utama yang amat berharga pada masà itu adalah berupa kek yang besar dihiasi dengan lilin yang menerangi kek kita. Disini kita akan bahaskan sebab penting mengapa perlu kita raihkan sambutan harijadi anak pada waktu kecil.

1)Untuk memberikan kenangan manis kepada anak kita
Sambutan harijadi menjadi satu kenangan didalam minda seseorang apatah lagi pada zaman kanak-kanak. Sebagai ibubapa raihkan la sambutan hari lahir anak setiap tahun walaupun sambutannya sederhana kerana ia memberi nilai positif kepada minda anak kita dimasa hadapan. 

2)Memberi penghiburan kepada anak
Zaman kanak kanak hanyalah sekejap dan masa akan terus berlalu. Kemeriahan hari jadi anak akan menjadi hiburan dan menaikkan sifat emosi kegembiraan mereka dengan kehadiran sanak saudara dan temen temen yang hadir ke majlis. 

3)Dapat menaikkan semangat anak
Saya juga melihat keadaan anak yang disambut hari kelahiran semangat mereka sangat baik. Ini kerana pada saat majlis anak yang menyambut hari kelahiran ini berada dihadapan dan menjadi tumpuan kepada semua hadirin. Dari situ anak akan belajar untuk memberanikan diri saat dinanyikam lagu happy befday beramai ramai. Dengan nanyian itu anak juga turut bernanyi bersama dengan penuh semangat dan penuh perasaan bangga.

4)Mengajar akan semangat kekeluargaan
Bagi mereka yang mempunyai adik beradik yang ramai sudah pastinya majlis hari jadi akan lebih meriah. Disamping mengeratkan silaturahim diantara adik beradik anak yang diadakan majlis ini akan berasa bersemangat dan nilai kekeluargaan yang tinggi. Sifat kekeluargaan akan tersemat didalam hati anak ini dan mengajar anak untuk lebih mencintai keluarganya pada masa hadapan.

5)Emosi anak lebih baik
Daripada psikologi anak yang diberi penghargaan dengan sambutan majlis ini membentuk emosi anak lebih stabil. Seringkali anak ini akan menceritakkan kepada kawan mereka tentang sambutan hari kelahirannya akan berasa gembira dan dihargai. Pada majlis tersebut akan menceriakan semua ahli keluarga dengan hidangan makanan,kek dan juga gelak tawa akan membentuk emosi yang ceria bukan sahaja kepada anak malah meraka yang diraihkannya.


6)Anak akan berasa dihargai 
Jika anak ada empat orang sebagai contoh bolehlah meraihkan hari lahir mereka secara sederhana sahaja. Berikanlah mereka suatu perasaan yang dihargai bermula dari kekeluargaan pada masa kecil supaya mereka belajar cara menghargai orang lain apabila mereka besar kelak. Berasa dihargai amat penting diterapkan didalam diri anak masa kecil supaya mereka tidak berasa terpingkir dari cerita kawan-kawan mereka yang diadakan majlis harijadi.

Namun buatlah majlis hanya sederhana sahaja. Tak perlulah majlis yang besar besaran. Cukuplah sekadar kita jemput saudara terdekat dan apa yang penting majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara anak beranak dan sanak saudara. Buat majlis sederhana sahaja pun akan mengajar anak kita supaya belajar untuk bersikap sederhana dan tak perlu mambazir wang lebih untuk majlis kecil ini. Semoga hari kelahiran kita sentiasa diberkati Tuhan. Dan kepada yang menyambut hari lahir selamat Hari kelahiran. Sekian

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !