5 kebaikan tukar Template Blog

0

Tips bloging

TUKAR TEMPLATES BLOG 

Salam sejahtera kepada para pembaca dan para blogging semua. Disini saya ingin kongsikan tentang satu items dikira penting juga untuk para bloging pemula. Seawal usia berjinak dengan blog ini saya hanya mengunkan jasa Blogspot.com dimana saya menggunakan template percuma yang ada dalam Blogspot tersebut. Namun seiiring berjalannya waktu saya belajar bagaimana pengunaan SEO dalam setiap Blog yang dikelola oleh saya sendiri.

Piki Templates.com
 
Setelah diteliti saya review blog kepada mereka yang lebih senior dan amat tertarik dengan template blog yang mereka gunakan. Sehinggalah saya menemui pilihan dan ingin mencuba sebuah template yang berbayar yang hadir di dalam email saya. Setelah saya mencari template yang harga berpatutan dan sesuai untuk blog ini saya akhirnya saya mencuba dan membeli jasa template yang bernama Piki Templates.com



Piki Templates.com
 
Pelbagai jenis design templates yang dibuat oleh para pencipta template. Ada yang free dan ada yang premium. Dan saya telah mencuba dan membeli satu template dari Piki Templates ini dan saya memilih jenis Crafter seperti gambar dibawa ini. Anda bolehlah masuk ke dalam web ini dan lihat dan review setiap template yang beraneka jenis sesuai dengan bajet anda.

Crafter Piki Templates


Ulasan Jenis Templates ini(Crafter-Piki Templates.com)


Amat mudah dalam membuat pembayaran bagi pilihan Premium Crafter template ini. Dan sesudah membuat pembayaran pihak Piki.com akan menghantar softcopy pada email anda dan boleh terus dimasukkan ke dalam blog anda. Semua cara kerja dan detail tentang cara pemasangan templates ini ada disertakan dan sangat mudah dipasang pada template blog anda. Dan satu pujian kepada design blog ini apabila anda ada masalah dalam cara pemasangan template ini anda boleh terus email mereka atau telefon direct kepada syarikat pembuat template ini. Dan pihak mereka cepat dalam membalas setiap masalah anda berkenaan dengan template ini. Tapi bagi saya amat mudah untuk cara pemasangan template kedalam blog anda.

GMetrik

Semak templates pada Gmetrik dan amat memuaskan kerana kecekapan template adalah A


 
Beberapa Kelebihan Piki Templates.com
 
1) Templates terbaik
Mereka menghasilkan Premium Blogger templates dan percuma templates dengan reka bentuk yang menarik dan berkualiti tinggi.
Anda boleh menggunakan template ini ke dalam blog atau website Anda supaya blog anda kelihatan lebih menarik dan profesional.
 
2) SEO Friendly
Semua templates yang Piki Templates hasilkan mempunyai sistem SEO yang mudah digunakan seperti penggunaan Shortcodes dan Typography dimana digunakan untuk setiap artikel yang anda buat.
 
3) Reka bentuk
Semua template yang disediakan sangat sesuai sepenuhnya dalam alat mudah alih,tablet dan komputer anda. Template ini sangat sesuai untuk semua peranti elektronik sesuai dengan blog anda. Template ini juga direka dengan baik dengan pengoptimuman.
 
4) Sokongan Pelanggan mesra
Perkhidmatan sokongan pelanggan sangat baik dan anda boleh menikmati perkhidmatan pertanyaan yang percuma persediaan pada blog anda. Anda juga boleh terus menghubungi pihak Piki Templates.com untuk sebarang bantuan dan pertanyaan.
 
5) Adsense tersedia
Semua template dicipta dengan tempat letak Adsense yang sesuai tataletaknya. Template ini telah diuji keatas blog dan ia serasi dengan semua jenis blog. Jika blog anda telah diterima oleh Google adsense anda boleh masukkan kod iklan anda dengan mudah tanpa adanya sebarang masalah.
 
Pada blog saya ini adalah menggunakan Piki Templates.com dan sangat direkomen kepada para blog pemula seperti saya. Ini adalah salah satu jasa blog yang saya telah ganti kepada template jenis Crafter. Anda boleh lah selidik juga template yang lain mengikut citra rasa. Tetap semangat bangunkan blog walaupun belum ada iklan adsense muncul.
 
Sekian dulu
 
 
 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !