Tahun era pandemik covid ini telah melanda dunia sehingga mengubah fasa kehidupan setiap insan. Daripada covid 19 variasi delta sehingga mermutasi menjadi Omicron mengundang keresahan setiap ahli keluarga.
Cabaran mengharungi Covid dikalangan keluarga.
Menjadi cabaran bagi ibubapa untuk sentiasa melindungi anak-anak yang masih kecil adalah antara moment yang mencabar dalam abad ini. Covid yang diberi nama lain omicron sangat mudah menjangkiti lebih lagi apabila duduk serumah. Bagi yang dewasa dan telah divaksin boleh la tersenyum sedikit apabila terkena covid ini kerana sintomnya biasa dan boleh dirawat. Namun apa yang memberikan impak gangguan emosi dikalangan keluarga yang mempunyai anak kecil seusia baru lahir adalah tanggungjawap besar keluarga untuk melindungi semua ahli keluarga sentiasa sihat dan terhindar penyakit ini.
Baca juga:Cara merawat flu dengan Samburex- Buah blueberry
Anak terkena jangkitan covid
Tanggal 05.03.2022 menjadi sejarah dalam hidup aku dan keluarga kecil aku apabila anak kecil usia 4 tahun dijangkiti covid. Sintom anak aku hanya la ringan cuma demam biasa namun sebaliknya covid ini menganggu sistem pencernaan anakku sehingga menyebabkan sakit perut. Aku membawa anak ke klinik swasta pada mulanya di suatu daerah kecil namun klinik swasat tersebut telah tutup kerana hanya setengah hari beroperasi pada hari sabtu. Sehingga la aku bawa anak ke hospital untuk menerima rawatan. Disebabkan terdapat sintom demam kepada anakku anak pun di swab test. Masa sama aku juga pula sebagai penjaga di swab test. Huhuu hasilnya setelah dua tahun bertahan dan berjaya harungi pandemi ini kami berdua disahkan positif covid.
Emosi terganggu saat diberitahu kami dua beranak disahkan positif covid. Tapi saat itu aku cuba positifkan diri sahaja demi menjaga anak yang demam dan sakit perut. Baru aku tahu covid ini bisa menganggu sistem pencernaan anak kecil sehingga menjadi sambelit. Disamping kami dipisahkan dari pesakit lain kami diletakkan di kem covid untuk pebgasingan. Aku merawat anak ku dengan lap dengan kain dan air suam ke badan anak agar demamnya turun. Tidak ada ubat lain selain ubat demam diberikan kepada anakku. Saat ini sebagai bapa kepada anak kena tabah dan sentiasa memberikan senyuman manis kepada anak walaupun keadaan tidak berapa sihat.
Perut anak aku sekejap ok sekejap sakit. Doctor pun memberi ubat untuk lawas berak dan syukur anakku dapat membuang air besar. Najisnya keras tapi yang penting dapat berak. Setelah selesai barulah keadaan perut anak aku kembali sihat cuma demamnya sekejap ok kejap tak ok. Tapi berbekalkan pengalaman menghadapi demam anak ini sebelum ini aku dapat handle dan harungi saat ini.
Dimasukkan ke wad covid.
Tiba masanya jika dikesan positif covid aku dan anak diletak dalam wad covid untuk memantau keadaan anakku. Aku terima segala keputusan walaupun sudah aku request untuk kurantin dirumah. Wad covid agak berbeza sedikit dari wad lain kerana semua staff kesihatan yang masuk ke wad ini akan memakai pakaian penuh full PPE untuk mengelak jangkitan.
Ketika ini aku tidak ada sintom namun positif covid sentiasa positif demi menjaga anak yang demam. Ramai pesakit yang batuk-batuk dan demam ketika dalam wad ini. Tapi saat ini aku memberikan nasihat agar sentiasa mengisi perut dan jangan biarkan perut lapar. Ini adalah satu tips juga untuk terus sihat dan menghindari sintom yang teruk. Selera makan aku dan syukur anak pun mempunyai selera makan saat ini.
Cara merawat demam anak.
Cara mengetahui suhu badan anak tanpa menggunakan alat suhu. Anda sentiasa kena pegang kepala,badan,leher dan kelitiak anak. Aku mengambil air suam dan berbekalkan sapu tangan kecil aku lap setiap badan anak yang panas. Terutamanya bahagian kelitiak anak agar suhu badan akan turun.
Asingkan ahli keluarga yang tidak sihat
Seeloknya jika ada ahli keluarga yang tidak sihat asingkan la diri. Seperti berada didalam bilik asing agar kurang menjangkiti ahli keluarga yang sihat. Sepanjang menyambung kurantin dirumah aku memakai mask dan ahli keluarga juga sentiasa memakai mask ketika berada di rumah. Makanlah makanan seperti sup ayam untuk memanaskan badan dan memberikan tenaga kepada badan untuk merawat kuman yang berada didalam badan kita.
Berjemur pada awal pagi
Saat pagi aku bawa anakku berjemur dibawa pancaran matahari pagi dalam beberapa minit. Memandangkan aku kurantin di rumah saat ini dan paling best berada ketika ini di suasana kampung amat memberi impak emosi yang baik disamping suasana yang aman menyebabkan aku dan anak cepat sembuh. Jangan biarkan anak berkurung di dalam bilik terlalu lama,aku bawa ke kaki lima rumah untuk menghirup udara segar lakukan senaman ringan dan minum air masak banyak untuk kurangkan hidrasi.
Akibat emosi ini akan menganggu emosi kita. Pada mulanya emosiku terganggu kerana covid melanda anaka kesayanganku. Namun pengajaran disaat terkena covid ini kita harus kena sentiasa positif dan sentiasa memberikan rehat dan tidur yang secukupnya kepada anak ini agar cepat sembuh. Ternyata dengan rehat dan kosumsi ubat dengan baik kesihatan anak akan cepat pulih.