6 jenis tanaman penyerap aura negatif || beri aura positif

0

Terdapat banyak kepercayaan tanaman yang masih dipercayai dan diikuti walaupun zaman sudah semakin maju. Namun hari ini kita bahaskan tanaman ini yang bisa menghalang kuasa jahat iaitu santet dan menjauhkan benda halus daripada masuk ke dalam rumah. Diantara tanaman ini biasanya kita lihat di perkampungan dan diperumahan taman. Cuba anda perhatikan jika ada tanaman ini di tanam di sekitar anda.

1)Pohon Kaktus

Tanaman ini pengusir setan dan pohon yang sangat cantik. Diyakini tanaman kaktus didalam rumah bukan sahaja mengusir setan dan menyerap aura negatif namun tanaman ini juga boleh mendatangkan keberuntungan kepada pemiliknya. Tanaman ini tidak memerlukan air yang banyak dan boleh diletak didalam rumah.

2)Bambu Kuning

Bambu kuning ini adalah berbentuk seperti bambu yang biasanya berwarna hijau. Namun bambu ini mempunyai batang yang berwarna kuning. Biasanya bambu kuning ini ditanam disekeliling rumah dijadikan pagar untuk sekeliling rumah. Ini bertujuan untuk mengelak pencuri dan anasir jahat dari luar supaya gagal masuk ke dalam rumah anda.

Picture by:Pixabay

3)Bunga Mawar

Menurut mitos tanaman satu ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Kononnya bunga ini bukan sahaja cantik dan wangi malah ia dapat menangkis hantaran orang jahat kepada pemiliknya. Selain dari mengelak benda jahat masuk di rumah bunga ini juga boleh menyerap energi negatif yang ada disekeliling rumah. Aroma wangian bunga ini dilambangkan sebagai tanda keharmonian dan kedamaian bagi keluarga yang menjaganya.

4)Daun Sirih

Tanaman sirih juga termasuk dalam daftar untuk mengelak santet yang diketahui oleh masyarakat. Selain daunnya yang boleh dijadikan herba untuk penawar segala penyakit. Dipercayai kandungan dalam daun sirih boleh menangkal santet atau sihir dan perbuatan orang jahat. Daun sirih ini apabila dipotong akan menghasilkan bau yang wangi yang kuat dan mungkin disebabkan wangian itu boleh mengelak benda halus dari mendekati.

5)Pinang Merah(Palem merah)

Batangnya berwarna merah dan mempunyai daun yang panjang menyerupai pokok pinang namun halnya ia kelihatan lebih kecil dan tidak berbuah. Pohon Palem Merah juga menjadi daftar tanaman yang dipercayai boleh dijadikan benteng dan pagar disekeliling rumah selain bentuknya yang menarik. Pohon ini biasanya ditanam dihalaman rumah kerana diyakini mampu menangkis aura jahat dan santet.


6)Pokok Limau Kasturi/Kapas

Pokok limau ini biasanya mempunyai fizikal yang agak rendah dan berbuah lebat. Batangnya mempunyai duri kecil dan menjadi kebencian kepada makhluk halus dari mendekati kawasan rumah kita. Ini kerana jenis limau ini berbau harum dan takut akan duri tajam pada pohon limau.


Ternyata daftar tanaman ini sangat berguna bukan sahaja mencantikkan halaman rumah namun dipercayai mempunyai cerita mistik yang dipercayai sejak turun temurun. Jadi anda bolehlah mencuba menanam tanaman daftar diatas sebagai hobi dan sebagai tanda ingin keberuntungan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !