Ada 3 tafsiran apabila anda tergigit bibir:
Kenapa berlaku dan siapakah yang menyebut namaku?
1)Ada orang sedang mengata tentang diri anda
Perkara baik atau buruk sedang mereka perkatakan. Rasanya perkara yang kurang baiklah mereka perkatakan tentang diri anda. Apalah dosa dan kesalahan yang anda lakukan sehingga menjadi perbualan sensasi mereka tentang diri anda. Dan biasanya adalah orang yang terdekatlah yang sedang menyebut nama anda.
2)Tergigit dua kali dibibir yang sama
Ini parah guys hehe. Tafsiran ini tidak berapa baik. Mereka sedang membicarakan tentang keburukan anda. Sama ada isteri atau suami syak sesuatu perbuatan anda ketika berjauhan. Parah ni guys hehe..namun jangan risau biasanya mereka yang berbicara tentang anda ketika itu cumalah masalah yang kecil sahaja. Saya yakin masalah itu akan selesai dalam masa terdekat bergantung cara anda melaluinya. Anda boleh merasa sendiri siapa watak ini yang bergosip tentang keburukan diri anda. Perhatikan sekeliling rakan-rakan anda dengan muka cover berbuat baik.
3)Seseorang sedang memikirkan tentang Dirimu
Siapalah yang sedang memikirkan diri ini sampai tergigit bibir sendiri?. Seseorang ini adalah yang sangat mengenali diri anda sama ada isteri,suami,kawan lama tak jumpa dan saudara mara. Cuba anda ingat ketika tergigit bibir siapakah yang anda teringat ingat pendek kata rindu akan dia. Ini baik juga guys. Tak semestinya yang tak baik berlaku malah ianya bole ditafsir sebagai seseorang rindu akan dirimu guys. Selepas tergigit bibir anda sebut la nama mereka yang paling anda rindu saat itu supaya yang merindu pun turut kegigit bibirnya hehe.
Rasanya cukup tiga alasan tergigit bibir dibicarkan ya. Biarkan tiga alasan ini menjadi igauan dan pedoman hidup mitos kita guys hehe. Sebab kalo kita tafsir bermacam nanti fikiran kita lebih bercelaru memikir apa dan siapakah? orang yang sebut nama anda. Ketika makan pula tu guys hehe.
Tak apalah guys mereka memperkatakan diri anda. Mereka pun bukannya perfect sangat. Mereka memperkatakan diri anda kerana mungkin tidak senang dengan anda dalam beberapa hari kebelakangan ini. Jalani aje hidup ini seperti biasa.
Tak perlulah mencari mereka yang memburukkan diri anda dibelakang ya guys. Mereka ini bermuka muka apabila berada di depan anda. Rileks saja dan kekal positif. Berdoa minta perlindungan dari Maha Esa agar mereka yang berkenaan ini mendapat kebaikan.
Sakit ya guys bibir yang kegigit tu. Rawatlah bibir yang luka tu ya guys. Sentiasa bersihkan mulut dengan memberus gigi agar kuman tidak menghingap luka pada bibir. Rileks ye guys luka itu akan cepat sembuh. Tetap tenang