Bagaimana Terjadinya Batu Geliga didalam tubuh landak

0

Geliga landak juga dikenali Batu landak atau dikenali di borneo disebut Buliga mendapat permintaan yang tinggi kerana geliga ini mempunyai nilai harga yang boleh mencecah ribuat ringgit pergram. 

Tahukah anda tidak semua landak memiliki geliga kerana menurut masyarakat setempat landak yang menghasilkan geliga didalam badannya kerana binatang tersebut sedang sakit. 

Mitos Terjadinya Batu landak dalam badan

1)Landak ini adalah diantara haiwan langka yang pandai mencari ubat alami didalam hutan untuk mengubati penyakitnya. Biasanya landak yang sakit akan mencari akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang pahit untuk  dijadikan ubat . Makanan yang dimakan oleh landak kemudian memproses dan tidak tercerna dengan baik menyebabkan terbentuknya  kumpalan makanan tadi menjadi batu keras didalam badannya. Dipercayai batu yang dikenali sebagai geliga ini sangat berkhasiat dan membantu menyembuhkan penyakit yang mujarab.Biasanya warna Batu landak ini berwarna coklat dan kehitaman mengikut berapa lama batu itu berada di dalam badan si landak.

Mitos Khasiat Geliga Landak

1)Batu buliga landak ini dipercayai boleh meyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Namun pada masa kini di masyarakat kami belum ada yang tahu cara memproses geliga ini untuk dijadikan ubatan. Bisa sembuhkan penyakit dan amat dicari oleh mereka diluar sana sudah pastinya geliga ini mampu mengobati penyakit yang belum ada obatnya. Kabarnya jika geliga ini ditumbuk halus di dalamnya adalah berwarna putih seperti tepung dan rasanya sangat pahit terasa dilidah dan ditekak.

Bentuk fizikal geliga landak.

Geliga ini biasanya berbentuk bulat dan berwarna coklat,kehitaman,dan berbentuk kering. Biasanya batu geliga juga mempunyai tiga lapisan keras yang melindungi struktur serbuk didalam batu geliga tersebut. Itulah yang menentukan kualiti dan keaslian batu geliga. kadangkala terdapat batu geliga yang belum terbentuk dengan sempurna akan kelihatan seperti akar halus berwarna coklat mengelilingi batu geliga. 

Jika dapat landak di Hutan

Beruntungnya kamu jika dapat menangkap landak di hutan tebal ya guys. Biasanya cara menangkap landak ini dengan mengunakan perangkap. Jika anda mendapat landak ini dan berhati-hatilah ketika memotong bahagian organ badannya. Cuba selidik bahagian dalam percernaan landak ini dan jika terjumpa ketulan berbentuk bulat asingkan dan jangan sesekali dicuci ketulan itu kerana jika dicuci akan merosakkan struktur geliga yang amat berharga.

Keringkan Batu Geliga landak

Biasanya geliga ini masih lagi berat dan lembab semasa dikeluarkan dari ususnya ya guys. Anda letakkan lah di tempat kering dan selamat. Selalunya mereka keringkan dengan meletakkan Batu geliga itu dibawa cahaya lampu yang berwarna kuning untuk mengeringkan batu itu. Letaklah dibawa cahaya lampu sehingga ia benar-benar kering dan bersedialah untuk menjualnya dengan harga yang tinggi.

Batu Geliga Landak punya gred tertentu

Tidak semua harga batu landak sama ya guys. Geliga ini pun mempunyai grednya yang tersendiri. Kenapa geliga mempunyai gred? kerana setiap geliga bentuknya tidak sama maksudnya kerana ada geliga yang sudah terbentuk sepenuhnya dan ada geliga yang masih baru dalam proses. Ini ditentukan dengan melihat bentuk fizikalnya. Saya sendiri ada sedikit pengalaman untuk menentukkan gred geliga landak ini hehe..

Ada Landak diternak untuk menghasilkan Geliga landak

Dengar kabarnya ia memang ada yang ternak landak ini untuk menghasilkan geliga dalam badan hewan ini. Namun dengar cerita geliga ini boleh dibezakan sama ada asli dari hutan ataupun diternak Namun kualiti geliga dalam ternakan landak ini tidak dapat menandingi kualiti geliga landak asli dari hutan. 

Itulah beberapa info berkenaan dengan batu geliga landak. Bagaimana pun kita kena seimbangkan diantara geliga dan kepupusan landak ini. Jika tahu landak ini berharga kita hendaklah mengembang biak mereka di alam habitatnya. Sekian





Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !