Menanam pelbagai aneka jenis bunga telah menjadi tren bagi sesetengah masyarakat. Tren menanam bunga ini pernah berlaku ketika waktu era pandemik covid dahulu. Hobi menanam bunga menjadi bualan masyarakat untuk mengusahkan tanaman yang menarik ini. Namun tahukah anda ada diantara bunga ini menjadi kegemaran ditanam kerana diyakni akan membawa tuah kepada pemilik bunga tersebut. Bunga ini juga ada menyebut akan mendatangkan kebahagian,kemakmuran dan keberuntungan kepada keluarga yang menanamnya. Betul ke?
Mari kita lihat beberapa jenis tanaman hias ini yang banyak memberi inspirasi kepada pemiliknya.
1)Bambu Air(Dracaena Sanderiana)
Tanaman ini berbentuk batang seperti bambu berwarna hijau dan mempunyai daun berwarna hijau dihujungnya. Tanaman ini bisa dilihat dihalaman rumah dan amat mudah untuk menanamnya. Tanaman ini diibaratkan sebagai keberuntungan,kebahagian dan kerhamonian dalam sesebuah keluarga. Tanaman unik ini menjadi pilihan untuk anda mencuba dan mencantikkan dalam ruangan didalam rumah kerana tanaman ini tidak memerlukan pancaran matahari yang kerap untuk hidup.
2)Tanaman Seri Rejeki(Aglaonema)
Lihat sahaja tanaman hias ini pasti akan menyejukkan mata untuk memandangnya. Tanaman ini biasanya diletakan di halaman depan rumah bagi menghias suasana halaman anda. Diyakiti oleh masyarakat bahawa seri rejeki ini akan membawa keberuntungan dan kejayaan kepada pemilik yang menjaganya. Jika anda punya tanaman ini rawatlah sebaik mungkin kerana difahamkan jika daunnya akan berwarna terang dan segar akan memberi kebahagian dan rejeki yang melimpah oleh penjaganya.
3)Bunga Orkid
Satu jenis tanaman ini sangat diminati kerana warnanya yang terang. Biasanya bunga ini diletak dihalaman rumah dan paling best letak dekat dengan tanaman bunga yang lain. Mistiknya bunga ini melambangkan keharmonian dalam rumahtangga. Juga dipercayai wanita bujang yang belum memiliki pasangan menempatkan bunga orkid di rumah akan mempercepatkan ketemu jodoh.
4) Lidah Mertua
Bentuk daunnya seperti lidah dimana namanya diberikan akan tetapi yang mertua tak tahu kenapa? hehe. Juga dikenali dengan nama saintifik Snake Plant dan Sansevieria. Bunga ini bisa menarik energi negatif dan memberikkan aura positif kepada persekitaran rumah. Biasanya diletak disudut halaman rumah ataupun di tepi bahagian pintu rumah. Daun ini juga dikaitkan dengan feng shui yang baik jika dijaga dengan baik disamping mampu menjaga kualitas udara segar didalam lingkungan dan menyedut udara kotor.
Begitulah beberapa jenis bunga yang wajip anda tanam. Jika punya laman rumah yang luas bolehlah tambahkan seri halaman itu dengan bunga-bunga ini untuk menarik energi positif.