Cara ampu merawat penyakit berjangkit HFMD

0

Penyakit HFMD adalah penyakit berjangkit yang boleh berjangkit melalui sentuhan dan pengudaraan. Penyakit ini biasanya didahului dengan timbulnya ulser di lidah si anak dan seterusnya demam akan menyusul dan timbulnya ruam bintik panas pada tangan, kaki dan badan.

HFMD adalah disebabkan oleh virus dan telah diklasfikasikan sebagai penyakit berjangkit dan memerlukan kuarantin selama 7 hari. Langkah menjaga kebersihan terutamanya rumah,taska,tempah asuhan anak amat penting bagi mengurangi masalah jangkitan ini.

Tanda-tanda jangkitan ini adalah seperti timbul ruam panas pada bahagian tapak tangan,tapak kaki,lutut dan bahagian siku. Selain itu timbulnya ulser di dalam mulut dengan jumlah ulser yang banyak. Namun yang amat memuskilkan belum ada penawar untuk penyakit virus jenis ini dan biasanya virus HFMD hanya gemar medekati kanak dibawa 10 tahun.

Namun jika ada keluarga yang pertama kali menghadapi masalah ini jangan kuatir ada beberpa cara yang mungkin boleh anda pratikkan agar si anak dapat sembuh sepenuhnya

1)Aloclair plus spray

Ini adalah satu alat jenis semburan untuk mengurangkan rasa nyeri pada ulser. Ulser yang pada awalnya timbul berwarna merah dan kemudian berwarna putih dan bengkak. Ada banyak ubat ulser bisa digunakan seperti namanya Benjola. Aloclair ini lebih mudah digunakan untuk mencapai semburan didalam tekak si anak. Aloclair ini akan memberikan rasa sejuk dan kebas pada ulser dalam mulut.

2) Losyen Penyejuk badan

Jika ruam panas telah timbul bintik bintik kemerahan akan muncul dan kadangkala anak akan berapa gatal dan panas terutamanya dibahagian tapak tangan. Gunakan alat ini dan sapukan di bahagian yang gatal dan timbul bintik merah. Ini untuk kurangkan rasa gatal pada kulit dan mempercepatkan bintik merah itu kering dengan cepat.

3)Panadol(Uphamol-yang sesuai untuk umur anak anda)

Hfmd ini akan menyebabkan ketidakselsaanya kepada anak kita. Biasanya pada malam hari ulser akan makin sakit dan badan akan menjadi panas. Ibubapa harus bertenang dan berikan anak panadol untuk mengurangkan rasa sakit. Sentiasa pantau suhu badan anak agar tidak memudaratkan kesihatan. 

4)Kumur air garam

Bagi anak yang sudah biasa kumur air anda boleh mencuba untuk memberikan anak berkumur air garam. Air garam juga boleh meredahkan rasa sakit pada ulser. Anak yang belum pandai berkumur air tidak digalakkan.

5)Makan madu asli

Berikan anak makan madu asli. Namun madu yang terkena pada ulser akan menyebabkan anak anda akan menjerit kesakitan. Madu asli juga dipercayai boleh mengobati sakit tekak dan juga luka ulser. Jangan beri bayi bawa umur setahun makan madu ya.

6)Rehat yang cukup

Berikan anak cukup rehat dan minum air atau susu untuk mengurangkan kekeringan pada badan. Anda juga boleh mandikan anak untuk mengurangkan rasa gatal dibadan dan memberi rasa kesegaran pada badan anak.

7)Gel meredahkan ulser.

Gel Oragel ini sesuai digunakan oleh kanak kanak malah bayi yang hendak tumbuh gigi nyeri gusi juga boleh meredahkan kadar kesakitan. Sapukan gel ini perlahan lahan di setiap ulser yang dapat dicapai seperti di bibir dan gusi. Ia boleh meredahkan kesan sakit ulser dan membuatkan anak lebih nyaman apabila makan atau menyusu.


Jika anak berasa gatal yang teruk anda boleh pergi ke farmasi yang terdekat dan minta ubat syrup untuk kurangkan rasa gatal atau alegik.

Ruam bintik merah HFMd


Sebaiknya ibubapa perlu membawa anak ini ke klinik jika mempunyai tanda gejala HFMD ini dengan segera. Jika ibubapa berkerja anda boleh mendapat surat kuarantin selama 7 hari untuk menjaga anak ini sehingga sembuh. Biasanya jangkitan ini akan beransur pulih setelah beberpa hari biasanya hari ke-5 mengikut ketahanan antibodi setiap individu. Ini kerana antibodi dalam badan telah terhasil untuk melawan virus dalam badan.

Selain dari cara ini jangan lupa untuk santitasi dan bersihkan ruang tamu dan bilik anda dengan menggunakan dettol atau pembasmi kuman. Cuci pakaian anak anda setiap hari agar kuman tidak merebak ke tempat lain. Semoga tips ini memberi sedikit kelegaan pada anak anda. Semoga cepat sembuh.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !