Review tentang Essential Oil Living Peppermint yang ramai tidak tahu

0

Baru baru ini masyarakat kini mulai memilih untuk mengunakan prodak alami untuk kesejahteraan dan kesihatan keluarga mereka.

Bagi mereka yang mempunyai migrin dan sering menggunakan obat obatan untuk meredahkan sakit- sakit kepala bolehlah untuk mencoba menggunakan minyak alami ini Young Living Peppermint ini.


1)AROMA MINYAK OIL PEPPERMINT

Aroma minyak Peppermint adalah sangat nyaman dan berwangi pudina dan jika diletak pada kulit akan terasa sedikit dingin yang menyegarkan. Minyak Peppermint ini cepat menyerap dan berkesan sehingga ianya dapat memberi kesan positif dalam masa yang cepat.



2) CARA GUNA MINYAK PEPPERMINT

Letak titisan minyak ke jari kemudian letak dibahagian kepala dan bahagian tengkuk untuk melegakan sakit kepala akibat stress berpanjangan disebabkan kerja yang terlalu terbeban.

Boleh juga letakkan titisan minyak pada telapak tangan kemudian sapukan bahagian perut akibat angin dalam badan yang berlebihan. Minyak ini pasti memberi kelegaan yang cepat kepada perut anda.

Bagi mereka yang ingin menikmati sedikit ketenangan semasa beraktiviti yang lasak dan memeningkan sepanjang hari bolehlah mencuba menghidu aroma peppermint ini untuk memberikan satu aura positif untuk memberikan kelegaan sebagai suatu terapi alami.  Aroma ini boleh melancarkan pernafasan anda ketika selesama melanda terutamanya ketika hidung tersumbat.

3) UNTUK KEGUNAAN AIR MANDIAN 

Bagi mereka yang inginkan mandian mereka beraroma untuk ketenangan bolehlah campurkan dua titisan minyak peppermint ini ke dalam tab mandian anda. Anda bolehlah berendam dengan air mandian ini dan nikmati aroma peppermint yang akan memberikan kesegaran kepada badan anda.

4) KELEGAAN-MABUK LAUT/PENING

Bagi mereka yang gemar membuat aktiviti di lautan seperti memancing,belayar mahupun bekerja sudah pastinya tidak akan lari dari perkataan mabuk laut akibat cuaca dan gelora ombak alun lautan. Bagi mereka yang mudah mabuk laut bolehlah mencuba minyak peppermint ini disapu pada bahagian kepala dan bahu anda. Dengan aroma yang nyaman beserta dinginnya minyak ini akan menyerap dan akan memberi kelegaan daripada mabuk laut.

5) PERUT BERANGIN

Boleh juga letakkan titisan Peppermint ini tapak  kemudian sapukan pada bahagian perut untuk melegakan angin dalam perut dan ketika perut memulas. Aroma dan rasanya sedikit pedas dan sejuk akan memberi kelegaan cepat kepada bahagian badan yang sakit atau lenguh.

Kesimpulan

Anda boleh mencuba produk ini untuk dibawa setiap hari dan gunakan setiap waktu. Sedikit sebanyak aroma minyak ini akan membantu anda untuk jalani hari ini dengan penuh semangat.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !