5 Cara mengatasi iklan adsense hilang pada blog

0

Tentu ramai keluhan kalian yang mengalami sendiri tentang hilangnya iklan adsense di blog anda walaupun sudah di terima google adsense. Ini tentu saja adalah hal yang biasa dan terjadi kepada blog-blog yang masih fresh tentu saja memeningkan kepala anda seketika.

Adakah blog kalian kena banned? Tentu soalan ini bermain difikiran dan apakah kesilapan yang telah dilakukan sehingga iklan adsense lesap.

Blog kalian rasanya tidak di banned oleh google jikalau masih tidak melanggar ketetapan Policy blog. Jom kita semak cara mengatasi masalah ini?



Mengatasi Iklan adsense tidak muncul pada Blog

1)Selesaikan masalah 'Earning Risk' pada muka blog anda. Jika tanda ini muncul pada akun adsense anda kena perbaikinya kerana ia adalah salah satu sebab kenapa iklan adsense hilang buat masa ini.


2)Perhatikan tata letak iklan adsense anda. Kemungkinan anda letak iklan lebih dari 3 banner pada blog anda. Jika ada 3 iklan adsense anda letak pada muka depan blog anda,cuba dahulu tutup 1 iklan tersebut buat masa ini. Biarkan 2 iklan sahaja dulu. Save kemudian periksa blog anda.

3)Selesaikan masalah tentang Monetization.

Masuk Blog Setting ----monetization------masukkan kod----save

Pastikan anda download ads.txt pada laman adsense anda kemudian paste pada monetization --Custom ads.txt seperti gambar dibawa:

4)Pastikan anda buat artikel baru pada blog anda. Sudah tentu pihak google ingin anda update blog anda yang baru diterima google adsense. Ini memastikan robot google pastikan blog anda aktif dan sentiasa ter update.

5) Tidak boleh klik dengan sengaja iklan yang ada pada blog anda ya. Ini kerana robot google dapat mengesan tindakan itu dan blog anda boleh dibanned oleh pihak google.

Hanya Setakat ini perkara diatas saya lakukan sehingga iklan yang hilang tadi muncul kembali semula pada beranda akun blog. Diharap anda terus berusaha mengatasi masalah tersebut dengan bertanya. Jika anda bertanya lebih cepat masalah diselesaikan. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !