Siapa tak kenal dengan filem siri animasi dari Jepun yang sangat terkenal pada era 90an ini iaitu siri animasi Dragon Ball. Di era ini satu fenomena karton serial animasi ini hanya boleh dinikmati dengan bacaan buku komik Dragon Ball atau Mutiara Naga dalam loghat melayu. Ada pun pada zaman itu siri karton ini dimainkan pada peta video dan jarang sangat keluarannya.
Sehingga kini karton Dragon Ball ini masih lagi berkumandang di laya kaca tv kita tanpa berasa bosan dengan hasil lukisan yang diilhamkan oleh Akira Toriyama terus berevolusi dari segi lukisan dan grafik pada movie animasi ini semakin canggih dan hebat. Namun pada kesempatan ini kita lebih ingin membahas beberapa karektor atau sikap terpuji oleh watak animasi ini yang perlu kita contohi.
Watak utama Son Goku
Watak utama Son Goku bermula dari sikap keanak-anakan pada masa kecil yang sifatnya ingin tahu yang membimbangkan sehingga sikapnya yang suka mengembara selepas kematian datuknya untuk menambah ilmu pertarungan. Disamping kembaranya Son Goku suka membantu orang yang dalam kesusahan. Meskipun Son Goku mempunyai kekuatan luar biasa yang belum dapat dikeluarkannya.
![]() |
Son Goku |
Sikap yang terpuji dilakukan saat wataknya masih kecil beliau tidak mengira siang dan malam belajar untuk sedaya upaya untuk mempelajari ilmu mempertahakan diri.
Meskipun Son Goku adalah pertarung yang kuat pada masa kecil namun dia kerap berberapa kali tewas dengan lawan yang lebih handal. Namum kekalahan menjadikan dia untuk terus berusaha untuk bertapa dan berguru dengan Datuk penyu tanpa rasa berputus asa.
Sikapnya yang gemar mencabar diri sehingga melebihi kekuatan dari sang datuk penyu sehingga goku tetap taat setia kepada pengajarnya. Sopan santun watak utama ini menjadikan watak ini seolah olah hidup dan sesuai diterapkan dalam kehidupan seharian.
Sikapnya kesetian dan keakaraban dengan kawan baiknya Kurin dan Bulma menjadikan Son Goku menjadi pilihan watak paling diminati dan diikuti pada masa itu. Walaupun punya kekuatan yang luar biasa dia tetap rendah diri dan menjaga kesemua kawan-kawannya dan sering menyelamatkan rakan-rakannya yang dalam kesusahan.
Sikap Son Goku yang menghormati orang yang tua dan gurunya. Ini dibuktikan dengan kesetian dan datuk kesayangannya yang menjaga dari kecil. Dalam kesedihan itu Son Goku sentiasa tabah sehingga ada satu episod yang dia ditemukan semula dengan sang Datuknya yang telah meninggal.
Sikap tidak berdendam dengan musuh sejatinya. Dimana musuh yang paling sensasinya pada waktu kecil iaitu Picolo namum Goku tak pernah ingin membenci dan membunuh Picollo. Sehingga musuh paling kuat Jiren sekalipun selepas pertarungan penuh sengit. Namun selepas bertarung Goku dan Jiren menjadi sahabat tapi tak mesra sudah dianggap baik.
Seperti jalan kehidupan manusiawi watak Son Goku diperlaku seperti orang biasa yang berkahwin dengam Cici gadis cantik dari desa. Walaupun Goku sibuk dengan dunia peperangan beliau tetap inginkan sebuah keluarga bahagia dimana dia ada anak yang bernama Son Gohan. Goku mendidik anaknya dengan mendalami kekuatan orang Saiya namun Gohan lebih memilih untuk menjadi seorang ilmuan. Beginilah sifat yang yang kita perlu saat ini bukan saja kelebihan pada teknikal malah pendidikan juga menjadi peranan yang utama untuk menjadi manusia terbaik.
Dan watak Goku mengingatkan sikapnya yang takut dan sentiasa menjaga hati isterinya Cici yang garang tetapi penuh mendidik. Walaupun isterinya tetap garang dihadapan Goku ia tetap menghormati Cici dan senantiasa tetap setia walaupun berjauhan.
Lucunya akhirnya Goku tetap tak lari dari penyakit jantung ya guys. Terdapat satu episod dimana Trunks anak Vegita datang dari masa hadapan untuk bertemu dengan goku untuk memberikan ubat penyakitnya. Ini senantiasa mengingatkan kita bahawa sekuat sekaya semakin hensem sekalipun tetap kita akan mati atau dikejar penyakit duniawi ini.
Namun beruntungnya Goku walaupun mati di akhirat dia ditempatkan dikalangan dewa mahupun dewa alam semua semesta mengenali beliau kerana banyak kebaikkan dimasa hidupnya ibarat pahala yang besar berkat kebaikkan yang dilakukannya. So hidup kena senantiasa berbaik dengan orang biarpun dia mengkhianatimu dan tetaplah dengan mencari kebaikkan untuk bekalan dimasa alam lain nanti.
Berbanding dengan watak Vegeta orang Saiya juga yang penuh dengan ego dan kesombongan.Namun kali ini saya tak bahaskan hal ini tapi untuk episod akan datang akan diulas karekternya.
Seronoknya menghayati pertarungan hari demi hari karton animasi ini. Sehingga alam di cakrawala pun mereka berjumpa pahalawan yang lebih dahsyat. Teruskan menontonn setiap episod mereka ini dan hayati nikamti sikap yang terpuji mereka yang boleh kita contohi.