Cara merawat kesan terkena air panas

0

Hati hati apabila mengendalikan air yang mendidih. Risau kemalangan akan berlaku dan terkena di bahagian anggota badan kita. Aku sendiri pernah mengalami kaki terkena air panas. Rasa pedih yang teramat. 

Hari pertama terkena air panas kaki belum ada kesan lebam namun keesokan harinya kulit kaki mulai menjadi merah dan bergelembung seperti gambar dibawa.

Disini aku berikan tips mudah untuk merawat jika terkena air panas?

1) Alirkan air paip suhu biasa ke arah kaki atau anggota badan yang terkena air panas. Ini bagi menyejukkan kaki yang panas kesan terkena air panas.

Amaran: Jangan letak colgate atau ais sejuk pada kaki kerana ia akan menambahkan parah lagi.

Beli losyen antyburn dan boleh didapati di semua farmasi yang berdekatan. Losyen ini bertujuan untuk meredahkan rasa sakit dan ianya ada antibiotik agar kaki tidak terkena efeksi kuman.

2)Biasanya hari kedua dan seterusnya kaki terkena air panas akan mulai menjadi merah seperti terbakar dan akan kulit mengelembung.

Gelembung kaki kesan terkena air panas

Tindakan: Dari pandangan mata gelembung ini terjadi kerana air badan kita. Jangan risau dan jangan koyakan kulit gelembung itu.

Cara paling baik gunakan jarum halus dan cucuk perlahan pada kulit begelembung dan tekan perlahan untuk keluarkan cairan pada kulit.

Pastikan kulit tidak koyak ya. Kerana kulit kaki inilah yang melindungi isi kaki daripada efeksi kuman.

3)Setiap hari buat dressing dengan baik dan berhati hati. Selepas itu sapukan ubat antibiotik agar terhindar dari kuman.

4)Jika kesan terkena air panas bertambah bengkak dan sakit cepat-cepat la ke hospital untuk terima rawatan. Biasanya jika kaki bengkak doktor akan berikan antibiotik dan perlu dihabiskan. 

5) Makanan perlu dielakan semasa dalam pemulihan. Elakkan makanan seperti telur,kicap,makanan pedas yang boleh memberi kesan gatal jika salah makan. 

6)Ia mengambil masa dalam 2 minggu untuk kesan terkena air panas ini healing. Kulit akan mulai mengelupas sendiri namun kaki masih kelihatan kering dan berwarna merah. Yang baiknya kaki mulai membaik dan tidak terasa sakit lagi. Syukur

Hanya dengan cara ini boleh anda iktiarkan agar kesan terkena air panas dapat diatasi. Selalu berhati-hati ketika mengendali air panas seperti pengunaan cerek dan sebagainya.

Sekian..komen jika anda pernah lalui pengalaman seperti ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !