Permainan lato lato ubat stress

0

Tahun 2023 baru aku dengar perkataan lato lato ini. Rupanya lato lato ada satu permainan yang amat di gemari oleh kanak-kanak masa ini. Khabarnya lato lato ini bermula di negara Indonesia dan tersebar di negara Malaysia. Namun bagaimanapun lato lato ini diharamkan permainan ini di beberapa negara. Tiga negara yang mengharamkan permainan ini adalah negara Amerika Syarikat,England dan juga negara Mesir. Tentu ada sebab diharamkan. Nanti anda google sendiri ye kenapa diharamkan.

Picture by:Pixbay

Lato-Lato ini diperbuat daripada plastik yang dipadatkan berbentuk bulat dan mempunyai spek berat yang tertentu. Ianya diikat kepada dua tali diantaranya dan mempunyai penanda aras ditengah sebagai pengimbang..

Jika dimainkan permainan ini mengeluarkan bunyi dan bunyi itulah menjadi perhatian kerana rentaknya yang seimbang. Jika dimainkan dengan penuh teliti ia akan menghasilkan bunyi yang seakan mengetuk dan semakin laju semakin best didengar. Tapi kalo dimainkan pada waktu malam sedikit menganggu kententeraman kejiranan ya.hehe..

Biasanya dimainkan oleh kanak-kanak dan setelah viral permainan ini juga menjadi fenomena mainan didalam keluarga termasuk orang dewasa. Aku juga tidak terkecuali bermain permainan ini walaupun suda dewasa,dan ternyata mainan ini asyik dan boleh menghilangkan stress. 

Sama ada stress tak tahu bermain ataupun boleh menghilangkan stress buat seketika kerana fokus kepada lato lato ketika bermain. Sedikit sebanyak mengubah fikiran kita agar tidak terlalu banyak berfikir. Anda coba sendiri dan ketahui hasilnya.

Hasil bermain lato lato adalah seperti mempraktikkan keseimbangan otot jari dan tangan dan boleh merangsangkan fikiran kita agar fokus kepada rentaknya.

Ketak...ketak...ketakkk aduhh terkena tulang jari tapi tak putus la jari hehee...

Entah siapala pencipta permainan ini. Mungkin permainan lato ini sudah lama namun ketiadaan teknologi maklumat seperti hp ketika itu hanya orang atau daerah itu saja yang tahu permainan ini. Dengan adanya tik tok ini permainan ini tersebar diserata dunia..woww mantap permaianan ini bokeh trending.

Sekian dulu..



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !