Sini nak share sedikit tentang kenangan berjalan jalan melihat alam di sebelah pantai timur Sabah. Perjalanan memakan masa 12 jam dari kota kinabalu ke Tawau dengan menaiki kenderaan sendiri menjadi satu pengalaman yang menyakitkan kerana jalanraya yang tidak dibaikpulih.
Namun kesakitan itu terubat apabila aku sampai di destinasi pertamaku di Tawau. Wou bandarnya besar dan agak jem juga dengan kenderaan yang banyak dekat situ. Makanan ikan baulu tanpa tulang antara makan yang mesti dirasai apabila berkunjung di daerah ini. Namun harus berhati hati kepada mereka yang tak tahan pedas kerana sambal dan makanan pedas disini cukup pedas sepedasnya.hehe..
Ini adalah diantara gambar sepanjang perjalanan ke daerah menarik ini
1)Gerai makan di pasar malam Tawau
Begitulah sedikit sebanyak kenangan yang aku lalui.. Jika anda masa bawalah bersama keluarga untuk meneroka tempat yang belum kalian pergi.
Sekian..