Diantara channel youtube yang sesuai ditonton adalah channel Ana's bushcraft
Latar belakang ana bushcraft
Seorang wanita yang bersendirian dengan usaha gigihnya membangun kehidupan sendiri di dalam hutan lebih seru lagi berdekatan dengan sungai kecil.
Ana berusaha dengan gigih dan kerja keras setiap hari dan membangun empayarnya daripada sederhana sehingga la siap rumah yang penuh dengan arkiteknya.
Kebolehan wanita ini dengan menggunakan peralatan pertukangan,memotong kayu dengan alat tertentu menjadinya unik dan tidak semua boleh melakukan apa yang Ana mampu. Kehidupan sederhana dalam channelnya membawa kepada penonton untuk terus setia melihat usahanya membina rumah dalam durasi 50minit videonya bisa ditonton tanpa skip.
Apa yang menarik ana juga membela beberapa jenis binatang pelihara seperti ayam,kucing,anjing dan ternakan lain dalam persekitarannya menjadikan suasana halaman rumahnya penuh dengan keharmoniannya seperti berada di sebuah kampung. Disamping kebolehan ana dalam mandiri dalam kehidupan dan yang lebih menarik perhatian lagi ana pandai bercucuk tanam seperti sayuran,ubi ubian dan hasil pertaniannya dikutip dan dia sendiri menjual hasil taninya di sebuah pasar.
Setiap penonton pastinya amat tertarik detik ana menjual hasil taninya di pasar. Wanita cantik dan berkebolehan seperti ana tidak segan untuk berbisnes dan hasil jualannya digunakan untuk membeli barang keperluan seharian kelangsungan hidupnya berada di rumah binaannya sendirian.
Hasil jualannya juga dia gunakan kadangkala untuk membeli anak anak ayam dan juga itik bagi tambahan hasil jualan telur. Sosok tubuhnya yang memikul bakul besar berisi barang jualan dan berjalan dari rumah ke pasar tanpa menggunakan kenderaan memaksa penonton berfikir wanita ini lasak dan berjiwa kental.
Bagi aku channel Ana bushcraft menjadi tontonan yang sesuai bagi mereka yang ingin melihat suasana jauh dari permodenan dan jauh dari masyarakat. Boleh dikatakan healing minda apabila melihat channel ini. Walaupun setiap durasi tontonan channel ini tidak bercakap namun dari segi susunan videonya amat senang sekali untuk ditonton.
Aku rekomen para penonton untuk layari channel ini kerana banyak motivasi yang ditunjuk dan sikap yang perlu kita contohi dalam channel ini.
Sekian.