Ini cara mudah atasi saat tayar anda pancit terkena paku-FLATFIX

0

FLATFIX tire repair

Hari ini dengan aman tenang dalam rumah bersiap untuk bergerak pergi kerja. Namun saat berjalan ke kereta nampaknya ada sesuatu terjadi yang menghalang kereta aku bergerak. Alamak tayar pancit la pulak. Ini kalau dipaksa jalan sehingga ke stesen minyak untuk pam tayar pasti akan merosakkan rim tayar malah tayarnya pasti koyak. Nak tak nak kena buat sesuatu tukar spare tayar la jawapnya.

Semalam saat sampai dirumah nampak tayar ini keadaan baik saja namun pasti ada terpijak sesuatu sehingga angin tayar bocor sampai begini. Satu benda terfikir saat itu cuma harapkan tayar spare namun banyak kerjanya kena buka nat tayar dan sedikit tenaga untuk buka tayar pancit ini.

Baru aku terfikir siapalah hero saat genting begini. Aku teringat akan satu alat pum tayar menggunakan gas aku simpan selama ini dalam kereta untuk apa hal emergency saat tayar kereta cedera. Ini adalah alatnya yang bakal menjadi hero dan bisa menyelamatkan aku daripada bekerja keras untuk tukar tayar spare.

Benda ini aku beli satu ketika dahulu. Tak sangka akhirnya ia bakal menjadi penyelamat tayar aku pada masa ini. 

Tayar kereta pancit

Agak teruk juga pancit ini. Setelah aku selidik apa punca rupanya ada paku tertusuk pada tayar kereta ini. Entah kena aku darimana pun tak tahu itulah nasib ada masa baik dan buruk.

Aku try dulu guna alat ini. Goncangkan dahulu sebelum guna. Kemudian masukkan hujung paip gas itu pada tiub tayar kereta anda. Senang saja untuk kendalikan alat ini cuma tekan untuk bagi pump gas ini masuk ke dalam tayar.

Untuk tayar seperti ini cukup hanya guna sebotol saja tayar akan terisi oleh angin. Kebaikkan alat ini pula ia berbentuk buih cairannya masuk ke tayar dan akan menutup lubang yang bocor pada tayar.



Akhirnya tayar ni terisi oleh angin oleh bantuan alat ini.

Syukur kerana tak perlu buka tayar ini. Cuma berbekalkan alat ini saja masalah selesai. Bolehlah aku perlahan-lahan bawa kereta ini ke bengkel berdekatan untuk buka paku yang tertusuk pada tayar.

Aku pun tiba dibengkel kereta kemudian paku dicabut dan ditampal semula dengan getah. Apa yang penting hal ini dapat diselesaikan tanpa penat lelah membuka tayar dan tukar dengan tayar spare. Semuanya selesai dengan lancar sekali. Terima kasih juga pada alat ini. Tak rugi aku simpan dalam kereta tak sangka satu hari bisa membantu kita. 

Sekian.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !