Ada masanya aku halau burung itu namun sesaat kemudian ia datang lagi.
Hujung minggu aku sekeluarga balik ke kampung selama tiga hari Dan terus lupakan Hal kehadiran burung merpati itu.
Setelah habis bercuti balik semula ke rumah wahh dah buat sarang pula sang burung ini di laman biranda rumah. Dan terdapat sebiji telur burung merpati. Wahh rupanya burung tu nak bertelur. Sekejap saja tinggalkan rumah dah betelur dua biji dengan sarangnya yang sangat ringkas.
Nak buat macam mana kalau buang telurnya kemurungan pula nanti burung itu. nak tak nak terpaksa la bagi peluang burung itu tidur dan menjaga telurnya sampai menetas di biranda rumahku.
Hari ke 25 hari nampak kelibat anak burung kerdil dan melucukan di dalam sarang. Rupanya dah menetas telur yang dieramnya. bermulanya kedengaran tangisan burung diberimakan setiap hari. Yang paling aku tak suka adalah bau najisnya. Waduh bau najis burung bertempiaran ditepi sarang itu. Hari-hari begitu hmmm dengan tingkap koridir senantiasa tertutup agar tidak menganggu aktiviti burung itu.
Hari bertuah
Aku beli lah nombor 4d pada hari sabtu. Sekian lama tak terkena tiket bertuah ni akhirnya aku dapat hadiah dalam rm800. Mungkin ini kebetulan lah atau memang sang burung yang bersarang dirumahku itu pembawa rejeki. Ya syukurlah sebab aku kena tiket bertuah pada masa itu. Aku anggap ini keberuntungan yang diluar dugaan. Jadi ini menambah semangatku untuk terus memberi peluang kepada sang burung menjaga anaknya sehingga ianya terbang.
Sebulan
Bulu burung tadi telah tumbuh sepenuhnya di badan dan mulai melibas libas sayap tandanya tak lama lagi dah boleh terbang. Aku dah ada plan untuk bersihkan segala kekotoran di biranda tersebut. Tunggu punya tunggu akhirnya anak burung tadi berjaya terbang dan meninggalkan sarangnya. Namun pada malam hari burung itu datang semula ke biranda dan bertengkek dan berak. Takpe biarkan saja untuk sementara.
Proses pembersihan dan pasang jaring
Yeaa akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. Membersihkan kawasan sarang burung. Nak termuntah-muntah kerana bau najis yang lembab sangat mengangggu proses pembersihan itu.
Akhirnya biranda rumahku telah dibersihkan dengan jayanya. Cara untuk mengelak burung tadi datang semula ke laman rumah aku pasangkan jaring hitam untuk menutupi laluan burung itu masuk. Sejak hari itu burung itu tidak lagi datang ke biranda dan telah mandiri hidup di alam habitatnya yang luas.
Sekian.