Tip Untuk Kekal Postif Dalam Diri

0

Semakin dewasa pelbagai cabaran dan dugaan yang kita harus lalui. Kita kena akur kerana dunia yang kita nikmati ini ada kalanya kita akan melalui saat gembira saat sedih dan juga masa berduka. Itu semua adalah lumrah kehidupan yang harus kita tempuhi.

Demi untuk menempuh pelbagai dugaan dalam dunia kita kena tanamkan dalam diri kita fikiran positif dan aura positif. Perniagaan kita merundum,keluarga kita hadapi masalah,permasalahan ditempat kerja,dan banyak lagi. Semua ini kita harus hadapi dengaan minda yang positif. Tanamkan nilai positif dalam diri dan buang segala minda negatif yang menganggu pemikiran dan emosi kita.
Berikut ada beberapa tip untuk menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif


1) Berkawanlah dengan orang yang berfikiran positif.
Anda pasti pernah berjumpa dengan orang orang yang berfikiran positif dan negatif kan?. Bandingkan kedua dua jenis kawan seperti ini. Pilihlah kawan yang sentiasa berfikiran positif. Jauhi mereka yang berfikiran negatif. Jika anda berkawan dengan orang berfikiran positif anda akan menerima aura positif itu sendiri. Jika anda adalah seorang ushawan berkawanlah dengan orang yang berjiwa positif. Ini akan dapat menaikkan semangat anda untuk terus cekal dan tidak berputus asa untuk terus berusaha.

2) Pilih hobi untuk terapi minda
Minda positif ini juga kita boleh terapkan dalam diri kita dengan melakukan perkara yang kita suka. Biasanya perkara yang kita suka dan juga hobi akan memberikan kita sikap sikap positif dalam diri. Sebagai contoh hobi menanam pokok bunga di halamanan rumah membuat halaman kita segar dengan warna warni bunga yang kita suka. Semakin hari koleksi bunga kita bertambah hasil dari tanaman cantuman bunga dan mungkin ada bunga yang kita akan jual kepada mereka yang berminat. Saya yakin jika bunga anda dapat dijual walaupun sedikit sedikit sebanyak akan meningkatkan sikap positif kita untuk terus berusaha. Disamping kita melakukan hobi kita sambil menjual untuk jana pendapatan sampingan.

3) Jangan hiraukan kata sinis orang lain
Tentu saja ada orang diluar sana jenis yang suka meremehkan merendahkan usaha yang kita lakukan. Jangan cerita hal apa kita lakukan dengan orang seperti ini. Mereka tidak tahu apa kita lakukaan ke arah kejayaan. Andaikan terdengar kata sinis mereka senyumkan saja dan jangan ambil hati. Kata mereka bukan membuatkan anda berjaya melainkan usaha anda untuk terus berjaya dengan sikap positif yang anda amalkan.

4) Dekatkan diri dengan ajaran Agama
Hidup ini seperti roda. Sedih gembira itu akan berlalu selagi kita masih hidup. Berdoa dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana atas kebaikannya. Sejauh mana pun permasalahan yang kita hadapi teruskan positif. Katakan saya boleh melaluinya. I can do it. Gembirakan la keluarga anda bantulah keluarga anda sebelum anda bantu orang lain. Jika ada perasaan negatif hadir dalam minda anda gantikanlah fikiran positif cepat cepat agar emosi anda tidak tergangu.

5)Tidur yang cukup 
Dalam kesibukan anda setiap hari berilah badan anda rehat dengan tidur. Jika anda amalkan sikap positif dalan diri saya percaya tidur anda juga berkualiti. 

Apa yang penting dalam hidup ini adalah jangan berfikir terlalu lama tentang hal hal negatif. Teruskan berusaha dalam bidang apapun. Jangan berputus asa. Teruskan bersikap positif dan berusaha hingga berjaya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !