Apa khabar kalian yang berada dimana sekalipun. Semoga kalian diluar sana senantiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.
Nak tanya kalian pernah tak mengunakan khidmat kedai dobi layan diri?yang tengah tranding zaman sekarang.
Kedai dobi layan diri ini kelihatan bisnes ini amat menguntungkan. Lihat saja kedai dobi ini tidak sunyi dengan kehadiran pelanggan dan akan sentiasa kelihatan masyarakat menggunakan khidmat mesin dobi ini. Baik dari student dan keluarga juga datang ke tempat ini untung mencuci pakaian mereka. Apa sih istimewa mesin dobi ini?
Mesin ini terdapat bermacam jenis mengikut modal mesin yang digunakan. Biasanya mesin pencuci pakaian akan disediakan sekali dengan mesin pengeringan pakaian.
Ia menjimatkan masa dan tenaga kita untuk mencuci pakaian yang banyak.
Saya juga mengunakan khidmat dobi layan diri ini. Dan biasanya selain pakaian biasanya cadar dan selimut amat sesuai untuk dicuci mengunakan mesin dobi ini.
Jom kita semak proses mencuci ini
Proses 1
Sediakan pakaian yang hendak dibasuh. Buka penutup mesin kemudian masukkan sejumlah pakaian kedalam mesin tersebut tanpa ragu-ragu.
Proses 2
Masukkan coin untuk sebelum ianya bermula. Coin biasanya ditukar pada mesin khas dalam kedai. Setelah masukan coin tekan start dan tunggulah pakaian dibasuh selama 25 minit.
Proses 3.
Setelah siap. Kain dipindahkan ke mesin dryer untuk pengeringan. So kalian tidak la susah susah nak menjemur kain di bawa sinaran matahari. Mesin ini dalam masa 25 minit sahaja menunggu proses pengeringan.
Selepas menunggu kurang dari satu jam menunggu kain pun dah siap dan kering. Pakaian yang siap dibasuh dan dikeringkan boleh terus dipakai atau digunakan.
Amat mudah dan menjimatkan masa kita lebih- lebih lagi pada mereka yang ingin selesaikan pakaian yang banyak bertimbun.
Kalian boleh la mencuba yaaaa..