6 Tips penjagaan sarang kelulut

0

Haii kalian..Salam satu hobi,

Apa khabar kalian disana dan bagaimana usaha yang kalian telah jalankan semoga semuanya berjalan dengan baik baik saja dan sentiasa success yaa..

Memilih ternak madu kelulut adalah satu keputusan yang tepat bagi sesiapa yang sedang mencari hobi baru ataupun untuk dijadikan satu usaha untuk menjana pendapatan melalui penjualan madu kelulut asli. Pada dasarnya kita berangapan ternak kelulut amat mudah yelah sebab kelulut ini tidak perlu di kasi makan seperti ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan sebagainya. Malah menternak kelulut juga mempunyai cabaran dan pengalaman yang perlu kita pelajari dan ketahui. Semua cabaran ini adalah satu titik permulaan sebagai kita melalui proses untuk sucess ternak kelulut.

Sebagai pemula kita hanya perlu untuk mencari rumah kelulut dan letak di tempat yang sesuai dan kelulut akan mencari makanan sendiri. Walaupun agak mudah tapi sebagai penternak kelulut pemula tidak lah semudah yang disangka. Kenapa saya katakan tidak semudah yang disangka ternak kelulut? Jawapannya kalian harus tahu apa yang diperlukan oleh sang kelulut untuk terus hidup dan membuat madu. Ini perlu supaya kalian tidak akan rugi dari segi masa dan wang ringgit disebabkan kelulut anda lari meninggalkan sarang asalnya.

Sini saya ingin kongsikan tips bagaimana hendak menjadi pemula ternak kelulut:

1)Dapatkan Kloni Kelulut

Beli sekurang kurangnya satu hingga lima log terlebih dahulu. Kalian tidak perlu terburu-buru terjun terus ke bidang ini dengan melabur banyak wang ringgit dengan membeli log yang banyak sekaligus tanpa adanya pengalaman dalam bidang ini. Kita belajar dahulu tentang kehidupan kelulut bagi memastikan kawasan ternakan kelulut anda bisa menghasilkan keperluan sumber yang cukup untuk sang kelulut berkembang.

2)Letak log di tempat yang agak redup 

Seterusnya letak kan log kelulut di persekitaran yang agak redup seperti di bawah pohon atau diletakkan bumbung diatas log agar tidak terkena pancaran matahari yang terlalu panas yang akan menganggu kloni membina sarang.

Pemilihan tempat letak log kelulut harus dititikberatkan supaya kloni kelulut akan terus berkembang dengan sihat. Ini disebabkan jika di letakkan di kawasan yang agak panas ia akan memyebabkan propolis sarang kelulut akan cair dan proses membuat kantung madu akan terjejas.

3)Kawasan Persekitaran

Pastikan kawasan sekitar tempat kalian terdapat tumbuh tumbuhan yang mengeluarkan bunga bagi tujuan kelulut mencari nektar. Persekitaran dimana terdapatnya ladang, kebun buah buahan dan kawasan berdekatan dengan hutan adalah tempat paling sesuai untuk habitat sang kelulut.

Sebagai seorang peminat kelulut ada baiknya menanam pokok seperti air mata pengantin sebagai sumber makanan alternetif sang kelulut apabila musim hujan. Air mata pengantin sentiasa berbunga tanpa musim. Selain dari mencantikkan laman rumah dengan tanaman bunga ini ia juga menjadi sebagai terapi minda kita apabila melihat banyak spesis kelulut hingap di bunga kita nanti.

4)Carilah kawan atau mentor 

Dimana kita dapat kloni kelulut/sarang kelulut ini?. Biasanya kita mencari penternak kelulut yang lain yang mana menjual log kelulut ini. Berkawan dan berkongsilah info tentang kelulut ini. Biasanya penternak lain tidak lokek ilmu dan mereka semuanya sudi berkongsi info apabila pemula ternak kelulut berjinak dalam usaha ini. Jangan malu rajinkan bertanya tak mengapa.

5)Menjaga Sarang kelulut daripada ancaman

Seperti ternakan lain kelulut juga tidak lari daripada ancaman makhluk perosak. Ancaman yang biasanya sering menganggu kloni kelulut ini adalah semut,cicak,katak dan ganguan serangan kloni kelulut yang lain. Sentiasalah pantau log kita daripada ancaman supaya kloni kelulut kita sentiasa aktif untuk produktif madu.

Keinginan untuk mencuba adalah titik permulaan kita untuk berjaya dalam usaha apa pun. Teruskan belajar dan mencari pengalaman menternak kelulut, Jangan cepat berputus asa. Anda akan nikmati kesyukuran jika kelulut anda mampu menghasilkan madu dan berkualiti tinggi. Semua ini tidak akan berjaya tanpa keazaman yang mendalam dalam bidang ini.

6)Panen madu

Jika tiba masanya ingin panen madu kelulut janganlah sedut semua kantung madu. Tingalkan setengah kantung madu untuk makanan anak kelulut yang baru menetas. Jika kita sedut kesemua madu akan menjejaskan perkembangan biak sang kelulut kita.

Kantung madu yang telah di panen akan direpair oleh kelulut dan akan diisi semula madu dan proses ini mengambil masa untuk dibuat bergantung kepada sumber nektar di kawasan persekitaran anda.

Sebagai pemula penternak kelulut harus memiliki sifat ingin belajar dari semua kesilapan. Proses ini akan dilalui oleh semua pencinta kelulut dan teruskan berusaha untuk bidang yang anda minati.

Semoga perkongsian singkat ini akan membantu para penternak kelulut. Kongsikan pengalaman anda di laman komen blog ini ya guys.

7)Jika toping kelulut berkulat

Biasanya toping kelulut berkulat disebabkan faktor cuaca sentiasa hujan. Bila hujan kelembapan didalam toping agak rendah sehingga menimbulkan tanda berwarna putih didalam toping kelulut. Ia sedikit merisaukan kerana apabila berkulat putih akan menganggu kloni kelulut untuk membuat sarang dan madu. Cara yang biasa digunakan adalah dengan menyapu kulat putih tersebut dengan madu atau cuka. 

Jika toping kelulut penuh dengan tompok berwarna putih dan propolisnya semakin bekurangan ada baiknya tukar toping kelulut yang baru.

Kalian boleh bina sendiri toping kelulut ini atau beli sahaja ditempat penguasaha kelulut lagi senang memudahkan kerja anda.

Anda buka toping yang lama kemudian pasangkan toping kelulut yang baru. Ambil semula sarang atau propolis di toping yang lama kemudian masukkan semula ke dalam toping yang baru. Tujuan ini supaya memudahkan sang kelulut untuk membina semula sarangnya dengan menggunakan propolis yang sedia ada.

Sekian terima kasih membaca... 


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !