Antara hobi yang paling menyenangkan dan paling sesuai dimasa kelapangan adalah dengan melukis. Melukis adalah mengambarkan sesuatu tempat,wajah,watak dan kepelbagaian warna warni dalam kehidupan. Sejauh mana impak hobi melukis boleh mewarna hidup anda tanpa anda sedari. Jom semak bacaan berikutnya.
1.Hobi yang mudah
Lukisan ini tidak memerlukan peralatan yang mahal sebagai pemula dan harganya agak murah dan mudah didapati dimana sekalipun. Hanya memerlukan minat dan imiginasi untuk mengambarkan sesuatu sahaja.
Sejak dari bangku sekolah lagi kita telah dilatih untuk belajar melukis dan mewarna dan tentunya ada pengajaran disebalik lukisan itu. Saat melukis dan mewarna akan timbul perasaan seronok dan satu perasaan yang menyenangkan.
Hanya memerlukan pensil pemadam dan juga kertas untuk mencoret sesuatu. Subjek lukisan boleh menjadi apa saja yang terlintas dalam fikiran bahkan ia tidak memerlukan banyak tenaga dan masa. Hanya mengunakkan imiginasi untuk melakukannya.
Dengan melukis membolehkan kita meluahkan perasaan kita dengan tepat dan cepat. Kadangkala dengan bahasa sering gagal untuk tempat kita meluahkan sesuatu dan berbeza dengan pemikiran dan bahasa yang kita ungkapkan. Tetapi melalui lukisan membantu kita mengungkapkan idea atau isihati kita dengan lebih tepat dan bersahaja.
Dengan lukisan kita melukis menggunakan minda dan melalui lukisan kita mengambarkan eksperisi diri kita keluar dari diri kita sendiri.
3.Meningkat kreativiti ,ingatan dan kemahiran daya menyelesaikan masalah
Anak kecil diajar untuk melukis dan mewarna bagi meningkatkan kemahiran berfikir dan memberikan emosi yang aman. Begitu juga dengan kita para dewasa ini dengan melukis merupakan keadah yang asas untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah kita. Walaupun masalah yang dihadapi tiada kaitan dengan lukisan itu tetapi iannya mengalirkan aura positif dalam minda untuk berfikir dengan lebih rasional.
Apabila kita melibatkan otak kita untuk menarik sesuatu kita belajar untuk melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Ini memungkinkan minda kita mempunyai pandangan yang berbeza,menganalisisnya dan membantu kita.
Dengan melakukan ini dapat mengetahui cara yang paling diinginkan untuk melihat sesuatu dan mengetahui idea terbaik dan sesuai dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini dapat meningkatkan fungsi otak secara keseluruhan untuk kemampuan berfikir secara kreatif.
4.Manfaat bagi kesihatan kita
Faedah kesihatan yaang berkaitan dengan melukis juga adalah seperti menenangkan saraf tubuh badan dengan menyatakan perasaan yang tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata mengenai perasaan kita ketika itu.
Ini kerana kegagalan kita dengan mengungkap perasaan dengan tepat boleh menimbulkan tekanan mental yang sangat besar. Dengan cara melukis dan dijadikan hobi sebagai perangsang minda dan emosi kita untuk kekal aman.
Ada kajian yang dibuat menunjukkan terapi seni melukis yang penuh perhatian mampu mengurangi kegelisahan dan keadaan kesihatan jantung kita. Maksudnya jika kita fokus dalam melukis akan mewujudkan momen yang amat menenangkan bagi minda kita.
5.Tumpuan lebih baik
Mampu meningkatkan tumpuan dan fokus otak kita. Semasa melukis kita akan menggunakan bahagian otak yang berkaitan dengan kepekaan kita semakin aktif.
Semakin kerap kita melukis dan mewarna akan meningkatkan fungsi bahagian kanan otak kita membantu kita menumpuh perhatian pada kehidupan seharian kita. Dimana kita akan lebih fokus terhadap sekeliling kita seperti kita melukis objek di kertas dengan penuh teliti dan berhati-hati setiap coretan lukisan kita.
Baca hobi ini:Sumber pendapatan
6.Pendapatan
Pelbagai kaedah yang dipratikkan untuk mencari pendapatan tambahan. Melukis juga boleh menjana pendapatan anda melalui youtube dengan membuat kontent cara anda melukis.
Namun bagi mereka yang mempunyai bakat dalam lukisan seni jangan sia siakan bakat anda. Tunjukan hasil karya anda di media sosial siapa tahu ada pihak yang akan menghargai lukisan anda. Namum melukis no 6 ini sememangnya penuh cabaran dan kena konsisten dalam karya lukisan yang anda ceburi.
Oleh itu bagi mereka pencari hobi dimasa pandemi ini bolelah mencuba dengan seni melukis. Lukis la apapun dan coretlah apapun di kertas mengikut gerakan minda sedar anda. Banyak cara boleh mengatur minda anda dan salah satunya adalah dengan aktiviti mudah dan simple seperti melukis. Ajaklah anak dan family untuk sekali sekala melukis bagi mengisi masa anda terluang duduk di rumah.
Sekian selamat mencoba dengan hobi baru anda.