Tafsiran Mimpi Pancing Dapat Ikan

0
Ada sesetengah orang percaya mimpi membawa maksud tersendiri dan mimpi tersebut membawa pelbagai kebenaran bagi mereka yang mempercayai mimpi mereka.

Ada orang percaya mimpi adalah suatu amaran yang disampaikan supaya lebih waspada. Ada mimpi berupa suatu kebaikan yang akan mendatang kepada diri sendiri,keluarga dan ditempat kerja.

Namun saya pernah meneliti mimpi yang satu ini dalam hidup ini dan agak benar tafsirannya.

Dalam mimpi ini saya sedang memancing ikan di suatu kolam ikan. Ternyata dalam mimpi itu saya berhasil mendapatkan seekor ikan yang sangat besar. Saya berasa sangat gembira kerana dapat memancing ikan sebegitu besar.

Ini adalah suatu mimpi tentang memancing ikan yang besar. Tak kira lah mimpi itu mendapat ikan di kolam,laut dan sungai adalah sama tafsirannya.

Tafsiran mimpi mendapat ikan besar

Tafsiran mimpi ini adalah sesuatu yang baik akan terjadi dalam kehidupan anda selepas ini.

Tafsiran ini saya kaitkan apabila saya hadir ke satu temuduga dalam spa suatu ketika dahulu. Temuduga yang saya lalui ini sangat mencabar kerana saya ditanya soalan yang bermacam ragam. Namun saya jawap soalan temuduga itu dengan penuh tenang. 
Malam itu saya bermimpi saya pergi memancing dan dapat seekor ikan yang sangat besar. Mendapat ikan yang besar akan membawa maksud anda akan berjaya dalam temuduga tersebut.

Dan keputusan temuduga pun terjawap yaa saya berjaya dalam temuduga kerja tersebut. Alangkah indahnya perasaan apabila result adalah berjaya.

Jika anda pernah bermimpi seperti ini yakini sesuatu yang baik akan datang kepada anda tidak lama lagi.

Mendapat ikan besar mencetuskan satu kegembiran begitu juga kita akan mendapat kegembiran yang sangat indah.

Mimpi berjalan di sungai penuh dengan ikan

Mimpi begini juga adalah mimpi yang baik. Tandanya anda akan mendapat satu kegembiraan dalam hidup. Apa yang anda usahakan selama ini akan berhasil dan akan membawa rejeki kepada anda dan keluarga. Sungai melambangkan perjalanan kehidupan anda dan ikan yang banyak padanya melambangkan keuntungan dan hasil daripada usaha anda selama ini.

Itulah pengalaman tafsiran mimpi yang pernah saya lalui dan ianya memang kena dengan tafsirannya.

Semoga anda terus berusaha dalam hidup dan bermimpi yang indah indah.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sesiapa saja yang mempunyai mimpi yang serupa. Jika anda punya pengalaman mimpi yang sama silalah berikan komen dibawa dan kita sama sama berkongsi tentang kehidupan yang penuh dengan misteri. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !