3 tips petua berkesan untuk Hamil

0

Perkahwinan adalah proses bermulanya hidup bersama sepasang suami isteri yang sah. Dalam perkahwinan hubungan kasih sayang hormat menghormati adalah kunci asas dalam sebuah perhubungan. Namun semua pasangan amat mengimpikan cahaya mata untuk menceriakan lagi suasana keluarga mereka. 

Namun tidak semudah usaha kita untuk mendapatkan anak kerana harus melalui proses dan Tuhan telah menentukan setiap rejeki yang kita perolehi.


Jika anda sedang mencari tips untuk mendapatkana anak disini saya akan kongsikan petua petua orang kampung yang sendiri saya pernah guna untuk mendapatkan anak pertama. 

1)Pelihara haiwan mengikut tahun kelahiran anda.

Selidik tahun kelahiran anda. Selidik haiwan tahun kelahiran anda suami dan isteri. Biasanya boleh dicari dalam kalander atau google sahaja table shio anda. Sebagai contoh suami lahir tahun 1984 ada tahun kelahiran itu adalah haiwan tikus.

Jadi anda boleh pelihara tikus. Dengar sahaja tikus tentu ada diantara anda berasa geli dan menganggapnya kotor sih bagimana kok mau pelihara tikus hehe.

Mudahnya anda pelihara la tikus yang spesisnya sama contoh hamster,tikus bersais kecil biasanya boleh temui di kedai haiwan juga ada menjual banyak jenis tikus untuk dijadikan binatang peliharaan. Seperti saya juga tahun kelahiran adalah haiwan tikus dan saya pelihara tikus jenis hamster. Oleh sebab tikus ini kecil dan mudah dijaga saya beli sepasang jantan dan betina.

Setelah itu simak pula tahun kelahiran isteri. Jika tahun kelahiran isteri adalah ayam jadi ada boleh la bela ayam sekali. Namun jika diikut tahun kelahiran haiwan ini ada beberapa haiwan yang tidak relevan dipelihara seperti tahun kelahiran Harimau(Tiger). Sedikit bingung disini teman teman jangan kuatir hehe. 

Sebagai contoh isteri saya lahir tahun Harimau. Mana nak cari harimau nak pelihara kan. Jadi saya fikir binatang apa sih yang sesuai. Asalkan haiwan itu ada perkataan tiger pun sudah memadai asalkan syaratnya dipatuhi. Jadi ceritanya saya beli sejenis ikan yang namanya Tiger Oscar. Asalkan cukup syarat petua itu sudah memadai. Asalkan ada nama tiger disitu sudah relevan.

Jika tahun naga macam mana nak cari haiwan naga ini pula yaa. Agak pening dikit hehe..tapi asalkan anda suami isteri pelihara haiwan mengikut tahun kelahiran anda pun sudah dikira baik. Jika kena tahun haiwan yang mudah dan senang dicari lagi baik. 

Anda cuba pelihara haiwan ini di dalam atau diluar rumah anda. Jagalah haiwan ini seperti anda menjaga keluarga anda. Disamping itu anda berusaha dan mengira masa kesuburan isteri yang paling ideal untuk bersama.

Dengan cara kasih sayang kita kepada haiwan peliharaan kita akan mewujudkan bibit kasih sayang kepada sesuatu. Disini secara tidak langsung akan memberikan kita pelajaran bagaimana untuk menghargai orang yang kita sayang. 

2)Berdoa

Dalam masa berusaha untuk mendapatkan anak jangan lupa berdoa dan mohonlah kepada Tuhan untuk memudahkan rejeki mendapatkan anak. Berdoa mengikut kepercayaan anda dan teruskan berdoa dan yakin kerana Tuhan selalu mendengarkan keluhan anda.


3)Dekati ibu ibu hamil

Untuk isteri tercinta bolehlah anda selalu dekat dengan ibu ibu yang sedang hamil. Biasanya di tempat kerja ada saja kawan yang hamil dan isteri bolehlah dekat dan berbicara dengan ibu hamil supaya kehamilan akan berjangkit dan datang kepada anda dalam masa terdekat.

Ada sesetengah orang mengatakan kehamilan ini boleh berjangkit. Bukan bermaksud berjangkit penyakit yaa tapi ini berjangkit hamil kepada rakan-rakan lain yang menginginkan anak. Biasanya ibu hamil akan mendoakan kepada anda supaya suatu hari nanti anda sebagai isteri pun akan hamil. 

Dengan melihat ibu ibu hamil akan membuatkan diri anda lebih bersedia apabila melalui trimester kehamilan kelak.

Banyak cara dan kaedah yang diguna pakai untuk hamil. Banyakkan mengkaji dan kiraan masa kesuburan yang paling tepat. Tiga cara diatas adalah petua orang-orang tua kita yang selalu diambil kira dan masih diamalkan. 

Semoga tips dan petua ini akan berguna kepada anda diluar sana. Selamat mencuba.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !