Cara buat Intro Video untuk youtuber gratis lewat hp

0

Menjadi youtuber semakin popular pada masa kini sehingga boleh dijadikan kerjaya sebagai sumber pendapatan mereka jika dibuat dengan sebaiknya. Namun sebagai youtuber baru anda perlulah bijak dalam membuat video dan pandai membuat editan agar channel anda lebih nampak profesional.

Disini saya akan kongsikan cara membuat intro video sederhana kepada anda yang berjinak dalam membuat video ini.

Intro video selalu digunakan oleh youtuber profesional untuk menjadikan muka hadapan video mereka mampu menarik pengunjung untuk terus menonton video mereka.


Cara-cara:

1)Download INTRO MAKER dalam Playstore gajet anda.



2)Paparan Intro Maker seperti diatas setelah siap download.

3)Kemudian pilih salah satu icon intro video yang anda suka.

3)Klik bahagian title dan isi mengikut kehendak anda. Biasanya intro awal ini title adalah subjek Channel anda. Contoh:Olelkiddy Channel

4)Biasanya durasi video ini 5 saat ke 10 saat sahaja. Selepas diedit title dengan nama channel anda kemudian edit bahagian music untuk intro video anda. Banyak pilihan music yang boleh dipilih mengikut kesesuaian channel anda.

5)Save dan gunakan pada muka hadapan video anda.

Setelah anda memasang intro video ini anda boleh la sambungkan intro anda ini dalam video channel anda. Biasanya saya gunakan Inshot dalam editan video. 


Download dalam playstore sofeware Inshot

Banyak cara edit video digunakan namun saya lebih memilih Inshot kerana mudah dan senang keypadnya untuk edit video dan gambar. 

Anda masuk dalam edit video inshot ini dan aplikasikan intro maker anda dalam video anda.

Selamat mencuba semoga bermanfaat








Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !