Tentu saja hal seperti ini sang Bapa mengambil alih untuk menjaga anak kecil berada di rumah ketika sang ibu terpaksa berada di luar rumah. Hal ini kemungkinan sang ibu harus menyelesaikan urusan peribadi saat berada diluar rumah dan hal menjaga anak kecil ini diurus oleh sang ayah.
Namun cabaran untuk sang bapa harus menjaga anak yang masi kecil seumur 5bulan menjadi sangat mencabar dan merasakan pengalaman yang baru dirasai tanpa kehadiran isterinya. Pengalaman yang amat menakjubkan apabila terpaksa untuk memberikan anak susu dimandikan dan ditidurkan hal yang rutin harus dilakukan agar anak sentiasa berasa selesa dan selamat bersama sang ayah.
Ini tips khas untuk sang ayah apabila dikehendaki menjaga sang anak.
![]() |
foto:Pixabay.com |
1) Tetap tenang jika anak menangis
Harus di fahami setiap tangisan anak adalah berbeda mengikut keperluan anak tersebut. Kenal pasti dan biasakan diri untuk menghayati setiap bunyi tangisan sama ada anak lapar,mengantuk ataupun rasa tidak nyaman kerana pampers anak telah basah. Sentiasa tenang dan lakukan kerja seperti menyediakan susu dan makanan anak anda.
2)Kelengkapan mandi bayi/anak disiapkan
Pastikan segala kelengkapan seperti pampers,pakaian,minyak angin dan diletakkan ditempat yang mudah dicari dan dicapai. Susun barang tersebut dalam satu tempat atau rak agar sang bapa tidak pening kepala mencari contohnya pakaian saat untuk menukar pakaian sang anak.
Kekusutan barang penting ini pasti akan menyukarkan penjagaan anda dan sedikit meletihkan agar tidak disediakan terlebih dahulu.
3) Mandikan anak
Ini keren sebab perlu skill dan yakin untuk mandikan anak kerana melibatkan keselamatan anak. Carilah ruang yang selesa semasa hendak mandikan anak. Gunakan besen tab mandi anak yang sesuai. Pegang perlahan anak anda dan mandikan secara lembut dan tenang. Memandikan anak mengingatkan kita kepada ibubapa kita pada masa dahulu bagaimana mereka memandikan kita memberikan satu pengalaman yang indah untuk diingati.
4) Memberi makan bubur
Bagi saya memberi anak makan bubur adalah kerja yang sangat menghiburkan. Ini kerana anda pasti berasa seronok jika bubur yang anda sediakan membuatkan anak makan dengan sangat beselera. Banyak karenah yang sang ayah ketemu saat memberikan anak ini makan,sehingga menyebabkan mulut anak menjadi comot dengan cebisan bubur kalo sang ibu pasti lebih cermat daripada sang ayah ketika memberikan makan kepada anak ini.
5) Saat anak tidur
Wow ini sangat dinantikan oleh sang ayah kerana dalam fikiran anak akan tidur dan kita boleh berehat sambil melayari internet. Namun ada anak yang sangat rare apabila hendak tidur. Begulik ke sana sini sambil senyum melihat sang ayah membuatkan sang ayah berasa letih dan bluer sekejap kerana memikirkan anak belum nak tidur. Saat ini sang ayah kena harus tetap tenang untuk menidurkan anak. Ada yang bernanyi santai untuk melelapkan anak. Ada anak harus dibuai oleh ayunan dan ada anak dikendong baru nak tidur. Tidak kisah la dengan apa cara yang anda biasakan dan jika anak kenyang dan segar pasti akan terlelap untuk memberikan ayahnya berehat.
6)Tukar pampers
Bagi anak kecil yang masih mengunakan pampers harus senantiasa peka kerana pampers yang terlalu basah atau lembah boleh menyebabkan timbul ruam panas pada kulit paha bayi. Gunakan losyen dry... Untuk melegakan ruam merah pada bahagian popok anak agar tidak menjadikan ianya bertambah sakit.
7) Ambil gambar moment bersama anak
Ini hal yang sangat diminati pada zaman kini. Sang ayah ambillah gambar kenangan semasa menjaga anak sendirian dirumah. Gambar ini pasti menjadi senyuman anda pada masa akan datang.
Menjaga anak pada usia kecil pasti akan menjadi kerinduan apabila anak sudah besar nanti. Sang ayah harus berbanga apabila dapat menjaga anak dan menjadikan anda lebih bertanggujawab. Walaupun zahirnya anak punya banyak karenah namun saya percaya ianya akan memberikan anda aura positif untuk menjaga emosi anak dan sekeluarga. Berbangga la dan nikmati setiap moment menjaga anak kerana itulah menjadi titik permulaan hidup anda.