Seperti manusia binatang juga bisa sakit dan perlu pengobatan. Binatang telah dicipta untuk mendiami hutan belantara dimana terdapatnya banyak makanan dan juga buahan untuk mengobati saat mereka sakit. Namun menjadi misteri bagaiamana seekor beruang yang telah terluka akibat ditembak oleh pemburu namun masih dapat hidup dan kembali sihat seperti biasa.
Disini kita bahaskan beberapa jenis binatang ajaib yang diyakini oleh masyarakat kerana boleh mengobati diri sendiri.
1)Burung Bubut
Pernahkan anda melihat jenis burung ini. Sudah pasti kerana burung ini biasanya dilihat berdekatan dengan rumah anda dikampung ataupun dikawasan pertanian seperti sawah padi dan kebun sayuran.
Burung ini menjadi buruan bukan kerana dagingnya tapi keistimewaan burung ini mampu mengobati anaknya yang dalam kesakitan atau terluka. Mengikut cerita masyarakat Borneo burung jenis ini pandai mencari ubat untuk merawat anaknya yang sakit. Mengikut cerita pengalaman orang jika kaki anak burung ini dipatahkan dalam beberapa hari kaki yang cedera bisa sembuh total.Entah dimana dedaun akar kayu nipis dan ranting terdapat dalam sarang burung ini yang bisa saja dijadikan ubat urutan tradisional yang boleh menyembuhkan luka dan terseliuh ringaan.
Sarang burung ini juga unik kerana pemangsa seperti ular tidak suka mendekati sarang burung bubut kerana aroma sarang ini tidak disukai oleh pemangsa. Anak burung tanpa bulu ini juga menjadi obat jika direndam dengan air khas yang dibuat. Mungkin saja kerana burung ini suka memakan makanan yang penuh khasiat dan berubat herba menjadikan anak burung ini menjadi buruan kepada sesiapa yang mengetahui rasia ini.
2) Beruang
Haiwan ini juga dikategori sebagai binatang ajaib kerana terkenal dengan hempedu beruang. Entah kenapa dalam banyak binatang hempedu beruang sangat diminati dan dipercayai boleh dijadikan sebagai obat. Namun disebalik alami kehidupan seekor beruang,ia boleh mengobati badannya yang luka dengan menjilat pada luka. Kebanyakan beruang boleh memanjat pokok tinggi dengan keadaan badannya yang berat. Namun terpaksa menjatuhkan diri saat turun dari pohon dan terhempas. Sudah pasti akan mengalami kecederaan namun rembesan hempedunya yang diciptakan oleh maha pencipta bisa saja boleh menyembuhkan kesakitan akibat terjatuh.
Hempedunya menjadi bernilai dan pemyembuh luka juga disebabkan ianya makan makanan seperti madu,kulit kayu,dan buah buahan segar untuk kelangsungan hidup. Hidupan dihutan penuh dengan misteri dan beruang boleh mencari buah ajaib sebagai obatan untuk luka yang dihadapi.
3)Ikan Lumba-Lumba berkemampuan menyembuhkan luka sendiri.
Ikan dolpin ini menjadi ikan yang ajaib termasuk dalam list kerana berkemampuan untuk mengobati badannya yang terluka. Bahkan ikan ini tidak berasa sakit jika terluka dan bisa saja sembuh dengan cepat kerana keistimewaan jaringan struktur kulitnya yang boleh membaik tanpa ada sedikit kesan. Keajaiban inilah menjadi kajian selidik para saintis jika boleh digunakan untuk kebaikan manusia kelak.
Begitu beberapa jenis binatang ajaib yang ada di muka bumi ini. Ancaman dari pemburu haram yang tidak terkawal sehingga binatang ini kian pupus ditelan zaman menyebabkan populasinya semakin kecil. Keajaiban ada pada setiap benda hidup di muka bumi.Sekian info