Panggilan Temuduga Jawatan Pegawai Imigresen KP19,adakah anda telah bersedia?

0

Tahniah kepada anda yang telah pun mendapat panggilan temuduga Jawatan Pagawai Imigresen KP19. Tentu bukannya mudah untuk melalui tapisan daripada SPA9 ini dimana ia mewajipkan setiap calon untuk lulus peperiksaan online spa dan setelah melepasi ujian online setiap calon akan dinilai dari segi fizikal untuk tapisan kali kedua. Dan jika anda berjaya melepasi tapisan itu seterusnya panggilan temuduga pula kena dilalui.

Untuk jawatan ini Pegawai Imigresen KP19 2022 ini sudah tentu calon yang layak telah pun mendapat email tentang pangilan temuduga yang akan bermula pada 20hb.09.2022 ini.

 


Selain dari persedian mental tentang apakah soalan yang akan ditanya nanti seharusnya calon mempersiapkan beberapa dokumen penting yang diminta sebelum menghadiri temuduga tersebut bagi memudahkan tapisan dan pemilihan sama ada anda layak jawatan ini ataupun tidak.

Secara ringkasnya dokumen yang perlu disiapkan untuk temuduga ini adalah seperti berikut:

1)Lengkapkan MyResume

Calon temuduga harus mengisi Myresume ini didalam portal email spa9 yang telah pun dikirimkan email kepada calon.

Dokumen ini penting untuk diisi seperti mengisi borang didalam sistem ini. Calon juga diingatkan untuk tidak lupa upload sijil lahir, kad pengenalan,dan keputusan spm dalam bentuk jpeg agar mudah untuk upload.

contoh MyResume harus dilengkapkan

 2) Siapkan resume ringkas

Calon yang ingin berjaya dalam temuduga harus membuat resume ringkas seperti yang diminta oleh pihak spa. Buatlah resume yang ringkas dan padat beserta gambar pasport di dalam resume anda agar penemuduga kenal dan mudah untuk temuduga anda pada masa itu. Resume ini menyatakan secara ringkas tentang peribadi anda,sijil akademik dan aktiviti kokurikulum anda ketika sekolah dahulu.

3)Sediakan fail beserta susunan sijil sekolah yang penting.

Dalam temuduga hal yang amat penting adalah fail sijil sekolah anda. Fail ini adalah tempat anda menyusun segala sijil yang berkenaan seperti sijil PMR yang Original,SPM yang original dan diikuti sijil anda yang lain seperti persatuan,sukan atau penglibatan anda dalam dan luar sekolah. Pastikan ya setiap sijil adalah yang asli dan bukannya slip atau fotocopy sebab ini akan dinilai oleh penemuduga pada pada masa interview nanti. 

Harus diingat agar calon tidak menipu hal sijil ini kerana pihak spa dapat menilai data yang anda berikan adalah benar atau palsu.

4)Jangan lupa bawa kad pengenalan/Mykad asli

Semasa temuduga pastikan calon jangan terlupa membawa kad pengenalan yang asli. Ini kerana calon yang tidak membawa kad pengenalan tidak akan dibenarkan untuk melalui sesi temuduga ini.

5)Berpakaian sopan semasa temuduga

Anda google la cara pemakaian yang sesuai semasa temuduga ini. Banyak stail dan pakaian yang sesuai dipakai dan pastikan anda memakai necktie agar nampak lebih kemas. Potong rambut anda dengan kemas dan berikan first impresion anda kepada temuduga dengan memberi salam hormat kepada mereka.

Proses temuduga anda pasti lebih santai dan penuh semangat jika anda study sedikit tentang Jabatan Imigresen. Semoga calon dapat buat yang terbaik semasa menjawap soalan dari penemuduga.

Selamat berjaya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !