Blog aku diterima google adsense
Setelah sekian lama membangun sebuah blog yang hanya dulu suka-suka dan ingin sekadar mencuba sehinggalah saya secara perlahan-lahan menimbulkan minat dan suka pada internet marketing ini sememangnya publisher googla adsense. Blog ini rasanya telah berusia 2 tahun dan artikel didalamnya hanyalah sedikit kerana tidak konsisten mengelola artikel yang bermanfaat kepada masyarakat kerana kesibukan hal yang lain.
Seperti yang saya nyatakan pada bahagian bahagian About,saya menyatakan saya mempunyai visi dan misi iaitu sekadar hanya untuk diterima google adsense sudah cukup bagi saya terima jauh untuk memikirkan tentang pendapatan uang seperti bloger-bloger terkenal yang menjana pendapatan mereka melalui website dan youtube.
Tanggal 15.09.2022 menjadi tarikh penting dan sukacita saya telah menerima email daripada google adsense menyatakan blog saya telah bersedia untuk dipasangkan iklan. Ini menjadi satu kesyukuran dan kejayaan buat diri saya kerana,setelah sekian lama asik direjek oleh google adsense kerana kena baiki setiap setting pada template supaya lebih mesra pelanggan. Saya percaya banyak blogger diluar sana dan ada juga teman -teman terpaksa akur ditengah jalan kerana selalu direjek oleh google adsense dan akhirnya mereka berputus asa dan terus meninggalkan blog yang mereka olah selama ini. Saya juga hampir ke arah itu sahabat sekalian yang hampir kecundang untuk berhenti membuat blog sehinggalah saya positifkan minda terus update artikel walaupun gado-gado dan bersahaja dan akhirnya pada kali ini hasil kerja keras dan berkat kesabaran saya selama ini berbalai apabila blog eddykiddy.com saya diterima oleh google adsense .
Disini saya ingin kongsikan beberapa tips kepada kalian bagaimana usaha saya pada saat give up untuk mengelola blog ini dan jika kalian ikuti tips ini pastikan membawa sinar harapan pada blog kalian juga.
1) Pakai Domain TLD berbayar
Pada blog saya ini saya pada mulanya menggunakan domain gratis pada blogger. Namun saya yakin semakin anda ingin menyelusuri dunia blog ini anda pasti akan ingin menukar template domain anda yang berbayar kerana domain berbayar lagi senang disetting. Domain yang berbayar ini cth:example.com/example.my/Exmple.co adalah beberapa domain yang berbayar. Ini kerana jika anda menukar domain yang berbayar pihak google akan melihat blog anda ini benar serius untuk diusahakan. Pendek kata anda tukar dan beli domain yang berbayar dan pilihlah bayaran yang berbaloi untuk anda dan seperti blog saya ini bayaran update domain ini setahun sekali bayaranya.
2) Tukar Template Blogger anda
Saya syorkan anda tukar template gratis yang anda guna sekarang. Seperti blog saya ini saya menggunakan jenis Piki Template. Pada waktu itu saya menghabiskan sebanyak rm50.00 untuk template ini dan hanya sekadar ingin mencuba template jenis Piki ini,ternyata template ini mampu dan mudah diterima oleh pihak google. Template yang gratis seperti pada Wordpress dan blogspot juga boleh diterima google adsense namun persaingan dan kelulusan untuk google adsense memberikan masa yang lama. Banyak template yang dicreate oleh para karyawan pada masa kini anda boleh layari mana-mana di google. Dan jika ada pihak yang ingin rekomen template blog nya disini saya alukan untuk kerjasama dengan anda untuk penjualan template blog daripada kalian.
3)Harus buat MENU,ABOUT,PRIVACY,DISCLAIMER
Bagi saya ini amat penting. Kalian jangan terlepas pandang selain daripada update artikel yang bagus anda jangan lupa ketik dan buatkan Menu,About,Privacy,Dan Disclaimer ya. Empat list ini haruslah diisi dan dipublis agar menampakkan blog anda ini kepunyaan anda sendiri atau syarikat anda. Kontak inilah yang menerangkan siapakah anda dan untuk apa blog ini dibuat sama ada untuk salurkan informasi atau pun tips yang berguna para pembaca akan lebih memahami anda lebih lagi melalui kontak ini.
4) Pastikan semua artikel dapat terindek di laman google
Hal ini saya pada mulanya sangat kesulitan. Saya sudah membuat artikel namun apabila dicari di google artikelnya belum indeks. Ini penting jika artikel anda mulai dicari pada laman sesawang google. Namun saya telah pun pelajari tentang bagaimana untuk indeks artikel kita pada google. Template dan domain juga bagi saya memudahkan artikel kita ini dapaat terindeks dengan cepat. Selain itu anda gunakan jasa pingler untuk verifikasi Html artikel anda pada goggle.
5) Pastikan daftar blog kalian pada google webmaster sehingga terindeks
Pastikan sahabat link blog anda dengan webmaster. Anda boleh daftar pada webmaster tool untuk connect kan blog anda. Webmaster ini banyak kegunaan dan tools yang saya gunakan untuk melakukan url inspection untuk indeks artikel anda dengan mudah. Pelajari juga kegunaan sitemaps pada webmaster ini. Sitemaps ini adalah untuk meletakkan HTML pada hujung artikel yang kita buat agar mudah terindeks oleh halaman pencarian google.
6) Buat 20 artikel dalam 500kata ke atas
Pastikan sahabat buat artikel yang niche yang anda minati. Bagi saya jika blog anda dibuat niche yang mempunyai artikel campur bagi saya tidak ada masalah. Sahabat boleh mencuba menulis hal yang anda suka dan juga tips yang berguna untuk pandangan masyarakat.
7) Daftar Google adsense
Setelah artikel dan setingan diatas telah siap sahabat bolehlah mendaftarkan blog anda kepada google adsense. Mudah untuk mendaftar pada google adsense dan hanya perlu menunggu dalam beberapa hari untuk direspon oleh pihak google sama ada blog anda telah sedia untuk iklan atau pun perlu diperbaiki lagi.
Pendek kata sahabat jangan berputus asa. Pasti pada mulanya akan diolah google adsense namun jika anda pelajari dan perbaiki lagi artikel dan settingan pada blog anda ,pasti suatu hari sahabat juga bisa diterima google adsense ini. Semoga bermanfaat.