![]() |
Mini Taman kanak- kanak |
Pelbagai permainan sama ada indoor atau outdoor yang boleh menjadi perhatian permainan kepada zaman kanak-kanak masa kini. Dengan perkembangan teknologi pada masa kini yang dinikmati oleh kanak-kanak ini mereka suda pasti akan tetap berasa seronok apabila bermain di mini taman ini.
Mini taman permainan ini semakin terkenal dengan kehadiran kanak-kanak dibawa 8 tahun kerana pelbagai aktiviti yang bisa mereka lakukan di taman ini. Salah satu contoh mini taman permainan adalah seperti di 1borneo mall di terletak di kota kinabalu sabah.
Tempat ini ramai dikunjungi oleh keluaraga dan anak mereka setiap hujung minggu. Kehadiran ramai kanak-kanak di tempat ini memberikan keseronokan kepada mereka untuk bermain bersama sama.
Setiap kanak kanak yang masuk di mini taman ini haruslah memakai stokin sama ada dibawa dari rumah atau pun boleh juga dibeli di kaunter. Pemakaian stokin ini biasanya bagi mengelak kekotoran pada kaki dan juga supaya kanak-kanak tidak mudah tergelincir ketika bermain. Penjaga anak juga dibenarkan untuk masuk ke dalam mini taman ini dengan memakai gelang tanda daftar dan juga memakai stokin seperti kanak-kanak lain.
![]() |
Pasir buatan mainan |
Riuh kedengaran suara anak anak ini bermain mengingatkan zaman kita masa kanak-kanak dahulu bermain. Peralatan permaianan yang ada di sini adalah bermain pasir tiruan,roller,bola kecil,gelongsor,dan juga aktiviti jumping dapat diperolehi dan di nikmati oleh mereka.
Dari segi keselamatan permainan yang ada disini sangat selamat kerana struktur dan reka bentuk taman ini kesemuanya beralaskan span yang lembut bagi mengelak kecederaan kepada kanak-kanak ketika bermain. Permainan yang ada disini adalah lebih baik daripada anak ini terus bermain gajet mereka. Suasana dan aktiviti yang banyak seperti ini akan memperbaiki kreativiti mereka dan juga stamina mereka. Suasana bertambah meriah jika kelihatan anak dan ibubapa bermain bersama.
Jadi luangkan lah masa bersama anak-anak walaupun ketika kalian sibuk dengan kerjaya. Moment bersama anak tidak dapat dibeli dengan uang ringit. Ibubapa gembira anak pun ceria kunci utama kebahagian kekeluargaan.